Testing Lighting Tent Kit Mini Cube Box | Hari tu ada orang tu kata nak buatkan DIY, tapi tunggu punya tunggu macam tak nampak bayang lagi. Jadi gatal tangan Ummi ni nak menshopping hehehe. Akhirnya Ummi TERbeli Light Room Photo Studio 9″ Photography Lighting Tent Kit Mini Cube Box LF755 dengan harganya RM32.99 di Lazada Malaysia. Berhari-hari juga menunggu nak sampai. Beli bukan saja-saja ok, beli sebab senang nak snap gambar untuk product review. Ecehhhh alasan kukuh sangat hehehe. Kalau Ummi larat Ummi gunalah DSLR Babah nanti. Kalau tak Ummi guna handphone Asus Zenfone 3 Babah yang cameranya best tu.
Ok, Lighting Tent Kit Mini Cube Box ni di datangkan sekali dengan lampu LED dan 2 pelapik sebagai background berwarna hitam dan putih. Tak dilupakan USB cable untuk link ke power bank. Power bank tu sila guna sendiri punya ya tak ada dalam pakej hehehe.
Semalam godeh-godeh la dengan opismet. Saja-saja snap. Jangan tenung sangat hasilnya Ummi tak terer snap gambar pun. Nanti Ummi kena menuntut ilmu photography dengan Babah dulu hehehe.
Testing Lighting Tent Kit Mini Cube Box
Ni uncle Wan punya SOG crosscut
Chopstick bear comel souvenir dari Kak Mira.
Souvenir dari Bali.
Jam G-Shock anak Pak Rahman
Soft matte lip cream Ummi.
Inilah orang-orang yang mengepoh disebalik tabir HERNEE NAZIR MINI STUDIO cehhhh gitu. Terus ada nama eh hahaha. Ok sesiapa nak tumpang shoot product bo;eh contact Ummi ekeke. Nak pakej dengan photographer pun boleh. Babah Ilhams boleh settlekan hehehe. Ok stop merepek, Balik kerja nak shoot gambar 2 product yang nak di promote. Harap dapat settle before bercoti-coti raya yang heaven hehehe.
Follow HERNEENAZIRDOTCOM
Wahh.. dahsyat la kak hernee.. siap ada mini studio lagi skrg ni.. hihi.. tp murah jugak la kan..
hahaha hebat le sgt..memain jek dilah..
assalamualaikum hernee…wah !! bestnya …ni yg mama nak pi beli juga ni…gambar jadi cantik la hernee macam kat studio…best2..
waalaikumussalam mama..hehehe..tu la..kalau pandai ambil gambar lagi cun hasilnya..
ok..ai dah beli pun..hahaha…lama dah ngidam ni
selamat mengexplore hehehe