Ramadhan 2017 – Day 7

Hari ke 7 berbuka puasa di rumah Mommy Ngah pulak. Sebenarnya Ummi masak lauk sambal sardin tapi mommy kata tak payah bawa sebab lauk dah banyak. Menu kat rumah Mommy Ngah yang sedap belaka.

Betik masak air. Feveret menu kami. selalu request arwah mak masak. Korang pernah makan ke?

Udang ketak rebus cicah kicap.

Ikan caru sumbat bakar.

Ketam sambal.

Ini  sambal sardin Ummi masak. Sahur subuh nanti boleh makan roti cicah sambal sardin ni. Dari kat office terasa nak makan sambal sardin hahaha.

Karipap sardin dan karipap daging Ummi goreng bawa ke rumah Mommy sekali. Alhamdulillah kenyang perut. Thanks Mommy and Daddy Ngah ajak kitorang berbuka. Ahad kita berbuka sama-sama lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Ramadhan 2017 – Day 7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *