Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan 2017 – Day 1

Alhamdulillah sempurna sudah puasa hari pertama. Kami berbuka di kampung Babah, Kg. Parit Jabar, Senggarang. Sebelum balik kampung Ummi dah siap-siap masak. Ini je yang termampu janji home cook kan hehe.

Asam pedas ayam, sambal goreng jawa yang dimasak oleh orang Melayu dan ikan kembung goreng. Bertolak jam 5pm sampai lebih kurang 6.45pm.

Menu yang ada di rumah Atok Tipah. Mak Long sebelah bagi mee goreng dan kari ayam. Kak Wati beli sup kambing dan kuih-muih.

Tengok budak dua orang tu. Dua-dua nak berkepit dengan Babah ekeke. Abang tu puasa separuh hari, tengahari dia dah berbuka tadi. Alhamdulillah semangat juga dia nak berpuasa. Tapi tak nak bangun sahur, pagi bangun lepas mandi dia cakap “Ummi hari ni kita kuasa kan.. kita kena pakai baju raya kan Ummi” hahaha. Baru puasa berapa jam dah nak pakai baju raya. 

Korang buka apa hari ni? Masak ke beli? Semoga puasa kita hari ini dan seterusnya diberkati Allah. Selamat menunaikan solat terawih.

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

2 thoughts on “Ramadhan 2017 – Day 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *