Dapat ole-ole sebotol Propolis miniature dari Mak masa Potluck JDT Blogger hari tu. Sebelum ni memang tak pernah pun cuba Propolis Active ni. Nak tengok macamana rupanya? Tu gambarnya.
Korang tahu tak Propolis tu apa? Bukan polis yang menjaga keamanan negara tu tau ekeke. Kalau tak tahu ni Ummi share sikit info mengenai Propolis dan khasiatnya.
Apa itu Propolis?
Propolis berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘Pelindung Bandar’.
Propolis dihasilkan daripada damar (resin) tunas tumbuhan yang dikutip oleh lebah pekerja yang berumur 21 hari, bercampur dengan lilin lebah, debunga dan air liur lebah.
Lebah akan sapukan propolis pada dinding dan kawasan dalaman sarang untuk memastikannya sentiasa berada dalam keadaan steril, iaitu bebas daripada sebarang kuman atau virus. Propolis juga merupakan bahan untuk membina, mengukuh, membaiki dan mengisi rekahan pada sarang lebah.
Propolis merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang bertindak sebagai pelindung lebah:
1. Melindungi lebah daripada ancaman bakteria, kulat dan virus.
2. Meningkatkan daya imuniti lebah. Ramuan Utama dan Fungsi mengandungi lebih daripada 325 jenis bahan aktif yang baik kepada manusia: – 34 jenis flavonoid – 15 jenis terpenes – > 20 jenis asid organik – > 8 jenis enzim – > 10 jenis kumpulan ester dan aldehid – > 18 jenis asid amino – > 20 jenis zat galian – Pelbagai jenis vitamin – Polisakarida, dan lain-lain
Kelebihan ProPolis
Antibiotik semulajadi:
Anti-bakteria, virus dan kulat
Meningkatkan daya imuniti badan
Anti-kanser, mencegah pertumbuhan sel kanser
Mengurangkan kesan negatif rawatan barah
Mengurangkan jangkitan saluran pernafasan
Membantu masalah gastrousus (perut & usus)
Membantu penyakit kulit, rongga mulut dan gigi
Membantu masalah sakit puan
Membantu masalah alahan
Mengawal dan mengaktifkan insulin, membantu penyakit kencing manis
Menyembuhkan keradangan dan tahan sakit
Melindungi hati
Anti-pengoksidaan, menentang radikal bebas, mengaktifkan SOD, melambatkan proses penuaan
Membantu kecantikan dan kecerahan kulit, awet muda
Menstabilkan emosi dan menambahkan tenaga
Menguatkan saluran darah, membantu peraliran darah
Mak Lin ajar titiskan 7 titik Propolis Active ke dalam segelas air. Ok, Ummi dah titiskan tu dan dah try minum semalam hehehe. Ada macam rasa kelat-kelat tapi ok je. Nak try amalkan la propolis active ni.
Korang kalau nak cuba boleh jengah facebook kat bawah ni ya. Boleh order dengan Mak Lin yang cute & crazy tu hehehe.
Facebook: Propolis Active Malaysia
Boleh terus whatsapp 0127669156 untuk response pantas!

Memang terbaik
hehe rezeki ko kam sekotak..