Buah kegemaran yang setahun sekali je boleh dibeli dah selamat mendarat di Johor dan seterusnya berenang-renang dalam perut hehehe. Biasalah buah ni muncul bulan April dan Mei je. Nahhhh belanja gambar.
Ya ampun nikmatnya dapat makan buah harumanis ni. Makan sambil pejam mata hehe. Harummm.. manisssss.. yumeeehhh. SIla jangan kecur sampai meleleh air liur.
Beli 1 kg je RM40 dengan officemate orang Perlis. Dulu Paten juga la yang ajar makan buah harumanis ni zaman-zaman dia praktikal. Sekarang dia dah kerja sini boleh la kirim je. 1 kg dapatlah 3 biji. Pejam mata jek lah beli sebab sendiri yang nak makan hehehe.
Bagi jamah sebiji kat assistant Ummi yang dua orang tu dan makcik sorang belakang tu. Dua biji lagi bawa balik rumah nak makan dengan Babah. Biji harumanis nak semai dengan harapan tahun depan boleh berbuah tak payah beli jauh dari Perlis ekekeke. Ok teruskan berangan.