Travelog Bandung | Ketibaan Di Bandung–11 Oktober 2016

11/05/2017

Lama betul Ummi Ilhams  nak habiskan cerita ke Bandung ek aduhaiiii. Bila gambar dah beribu dia punya malas tu mencanak-canak rasanya. Apa tidaknya semua benda nak snap hehehe.

20161011_133448

Alhamdulillah kapal terbang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Husein Sastranegara Bandung lebih kurang jam 1pm waktu Indonesia. Syukur!

20161011_133324

Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Husein Sastranegara Bandung.

20161011_133211

Wefie anak beranak, Abang Ilham dah menyelit tak nampak.20161011_133229

Bagi can lah Babah bergambar sesorang.

20161011_133249

Kena paksa bergambar tau budak sorang ni.

20161011_133305

Ummi nak ajak bergambar pun dia nak lari aduhai.

20161011_133719

Babah isi form sebelum keluar untuk pemeriksaan Imigresen..

20161011_133919

Budak ni suruh Ummi snap gambar dia kat sini. Cantik kata dia.

20161011_134058

Yang ni memang berkepit jek lah dengan Ummi senang nak bergerak. Kalau lepaskan jalan lambat nanti.

14656286_125423174590386_5410196071650960292_n

Keluar je lepas pemeriksaan Imigresen dah terpampang nama “IBU HARNEE” hahaha. Harnee pun bolehlah Mas.

20161011_135123

Boleh tahan sibuk jalan kat sini. Ini berdepan dengan lapangan terbang. Lapangan terbangnya kecil je tak lah sebesar Lapangan Trebang Antarabangsa Senai.

20161011_135148

Orang yang dinanti dah muncul. Inilah Pok Teh saya, one and only adik lelaki Tok Ayah yang dah 2 tahun menetap di Subang, Bandung atas urusan pekerjaan. Udah jadi orang Bandung hehehe.

20161011_135208

Ajak Nenek wefie kejap.

20161011_135718

Ini supir yang Pok Teh dah booked untuk kami. Pok Teh dah biasa menggunakan perkhidmatan diorang. Kami menggunakan perkhidmatan VIZU TOURISM. Nama adik ni Dea,

20161011_135730

Inilah kenderaan yang berkhidmat untuk kami selama 3 hari 2 malam di Bandung.

20161011_140133

Welcome to Bandung. Kami menuju ke restoran nasi padang sebab Tok Ayah nak makan nasi padang hahaha. Nasib sempat snap signboard tu ekekeke.

20161011_140649

Boleh tahan macet eh speaking Indon pulak. Tapikan yang bagusnya walaupun kenderaan penuh sesak tapi dorang tak pulak berlanggar sesama sendiri. Bunyi hon memang satu kemestian di sini. Kalau kita kat Malaysia ni kalau dah bunyi hon kiri kanan rasa hangin juga kan hehehe.

Ok cerita makan akan bersambung next entry. Doakan Ummi Ilhams dapat siapkan cerita Bandung ni sebelum pergi holiday ke Sabah hehehe. Kalau tak memang double trouble jadinya. Cuti Wesaj Day marathon update blog Eye rolling smile

Jom baca entri berkaitan Travelog Bandung..

TRAVELOG BANDUNG | PERSEDIAAN SEBELUM KE BANDUNG, INDONESIA

TRAVELOG BANDUNG | TRAVEL INTINERARY BANDUNG

TRAVELOG BANDUNG | HARI KEBERANGKATAN KE BANDUNG–11 OKTOBER 2016

Share this nice post:

4 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: