Aktiviti Malam Minggu The Ilhams

Rambling

Malam ni Ummi malas nak top up lauk. Lauk-pauk siang tadi dah habis. Jadi Ummi ajak Babah makan luar sambil nak tuang minyak kereta. Esok pepagi Ummi dan Adik Syamil nak berkampung seharian di Holiday Villa Hotel, JB untuk Program RaSuk Johor 2017. Lokasi makan paling senang mana lagi kalau bukan Restoran Marni, kedai Acu Adik. Ummi dan Babah makan bubur nasi, Abang Ilham makan mee bandung udang galah dan Adik Syamil makan nasi goreng cina. Alhamdulillah kenyang empat beranak hehe.

Persembahan amal malam minggu “The Ilhams” untuk pelanggan Acu Adik.. ?? . Jemput datang.. sambil makan mee bandung udang galah, roti canai, bubur nasi dan aneka western foods sambil berhibur dance performance dari abang dan adik hahahaha.. . untuk booking sila PM Ummi Ilhams @ Babah Ilhams @mnmphotobiz ? #ilhamsyahmi #ilhamsyamil #ilhamsvideo #ummibabahlittlecaliphs

A post shared by Hernee Nazir (@herneenazir) on

Lepas makan dua beradik buat persembahan hahaha. Ummi layankan aje lah. Tengoklah tu, adik copy & paste je apa abang buat.

Kekonon lepas makan isi minyak terus balik. tapi Abang Ilham macam biasa request nak tengok lampu. Ummi doakan dah besar nanti Ilham jadi Engineer JKR sebab dari kecil suka sangat nak check lampu jalanraya kat bandar tu hahaha.

So kami ronda kejaplah bagi budak berdua ni puas hati dan terlajak-lajak sampai ke bandar. Jalan depan post office ni macam biasalah malam minggu agak slow traffic sebab ramai serbu jalan nak ke Pasar Karat. Kami u-turn je kat depan tu. Tak kuasalah nak menghadap jem dan orang ramai. 

Budak ni pun excited.“Ummi..atik..atik..bat..”  (Baca: Ummi cantik..cantik..hebat) Jangan jakun sangat dik malu Ummi hahaha.

Tepi-tepi jalan Pantai Lido ni biasalah ramai orang parking kereta dan ambil angin malam. 

Adik Syamil cakap nak pergi sini. Syok tengok pancutan air tu agaknya. Tapi Ummi dengan Babah memang tak ada perasaan nak berjalan orang ramai dik oii. . Memang dah lama tak jejak ke sini, last rasanya masa duk skodeng bulan purnama dengan Uncle Nazam dan Uncle Epan. Next time je ya

Akhirnya sampailah di Gelang Patah semula. Isi minyak dan terus balik. Sampai rumah siap-siapkan bekalan esok dan siapkan entri ni hehe. Walaupun sebenarnya scheduled entri dah settled sampai pagi Isnin.

Oklah. Nak tidur. Esok nak bangun pagi-pagi ke RaSuk Johor kita. Will be updated live from Holiday Villa Hotel yeahhhh. Babai! ?

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!