Dating Sekejap Dengan Geng PC Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB)

14/03/2017

20170313_125623

Sempat dating dengan ibu-ibu hebat geng Peer Counselor dari Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB). Kami ada urusan di Maybank, Uda Business Centre untuk proses pertukaran pengurusan kewangan kelab bagi ahli jawatankuasa baru. Kebetulan Kak Gee pun ada urusan perbankan. Mini gathering la jadinya sambil menanji Cik Jah sampai.

Tak sangka “terboria” dengan Kak Haya hahaha. Sebijik sebijon baju kami. Terus snap gambar dan send ke group whatsapp. Sekali Kak Linda pun ada blouse corak yang sama hahaha. Sebenarnya blouse Ummi Ilhams tu dah berusia 5 ke 6 tahun. Rasanya beli masa pregnantkan Ilham ke Syakir gitu lah. Beli online dengan adik manis Intan Jaliah owner The Modest Alia. Memang suka sangat pakai sebab selesa kainnya. Blouse ni sesuai untuk preggy mom and breastfeeding mom. Sampai tercabut butang satu kat bawah tu hahaha. Padahalkan nak pakai jubah black and white. Tapi gantung semula sebab nak pakai seluar je kononnya. Memang rezeki nak jadi boria PC hahaha.

Bila Cik Jah sampai je, person incharge dah selamat keluar lunch. Jadi kami pun terpaksa pergi lunch juga hehehe. Nak ke Cupchai macam jauh terus ke Hijo Cafe & Catering sebaris Maybank. Ohhh buat pengetahuan korang, Maybank Taman Tasek dah bertukar ke UDA Business Centre ni tau. Bangunan bersebelahan dengan JAKEL. Memang mudah nampak dari tepi jalan cuma masalah parking je la serabut sikit. Cerita makan-makan di Hijo Cafe & Catering entri lain ya.

20170313_151208

Lepas makan settlekan urusan bank. Alahai sekejap je rupanya. Yang bestnya kakak bank kata muka IC saya lain dengan muka sekarang. Saya pun macam pelik. Ohhh masa buat IC tu baru lepas bersalinkan arwah Syakir, masa tu memang susah sangat nak kurus muka bulat sangat haha. Eh kakak maknanya sekarang ni kakak nak kata saya kurus la ya? Thanks ya kakak haha. Sebelum berpisah, haruslah snap gambar dulu penting tau hehe.

Dari kiri Puan Zulhaya Marzuki (Peer Councelor/ Lactation Counselor/ mantan Setiausaha & sekarang AJK KSPSIJB), Puan Khadijah Gani (Peer Counselor/ Naib Pengerusi KSPSIJB/ Founder Kad Imbas Khadijah), Dr. Nazira Suhairom (Peer Counselor/ Pengerusi KSPSIJB) dan Puan Hernee Selim Smile with tongue out (Peer Counselor/ Bendahari KSPSIJB).

Sekiranya ibu-ibu ada masalah penyusuan boleh hubungi kami ya. Jom follow social media Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB):

Facebook Fan Page – https://www.facebook.com/kelabsusuibujb/
Facebook Group – https://www.facebook.com/groups/kspsijb/ (STRICTLY FOR LADIES ONLY)
Instagram –
www.instagram.com/kelabsusuibujohor

Share this nice post:

2 Comments

  • maszull

    14/03/2017 at 1:08 pm

    assalamualaikum hernee…tahniah2 yer hernee…

    maszull.blogspot.my

    1. Hernee Nazir

      14/03/2017 at 1:37 pm

      waalaikumussalam mama.. hehehe thanks mama..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: