Masih tak keluar lagi cerita Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-anak Yatim tunggu ya semua dalam proses hehehe. Nak cerita pasal aktiviti selepas check in di Hotel Merdeka. Tak sempat lagi duduk berehat kami dah ada plan nak keluar cari barang. Ju dah sampai hotel hantar barang-barang makanan dari sponsor. Abang Ilham tinggal dengan babah di hotel cuma Adik Syamil je yang ikut ummi. Eda pun pergi solo je tak bawa Naura. Maka jomlah kita follow kereta Ju, sebabnya Ummi Ilhams tak arif jalan Kluang hehehe.
Kami menuju ke Kluang Parade.Wah jejak juga kaki kami ke Kluang Parade hehe. Abaikan muka saya yang kembang semangkuk tu ya. Ju ajak ke Mr. DIY jomssss. Eh besar juga Kluang Parade ni ya. Berpusing-pusing mencari Mr. DIY nasiblah Ju ada. Oh maiii.. Mr. DIY sini sangat mengujakan. Nasiblah nafsu membeli-belah terkawal. Kalau tak memang habis la. Lagi-lagi jumpa geng Pink. Nampak barang pink terus blink2 mata haha.
Masa untuk membayar, sempat snap gambar sebagai bukti pada kawan-kawan JDT Blogger yang lain hehe. Lepas ke Mr.DIY kami nak mencari tuala “Good Morning”. Ju kata turun bawah ke Pasaraya Target. Kami ni pula terhegeh-hegeh singgah beli track suit. Sudahnya dah berpisah dengan Ju dan family. Huwaaaa mak-mak dah sesat dalam Kluang Parade hahaha. Terpusing-pusing naik turun escalator barulah jumpa Pasaraya Target. Sekali Ju pun dah sampai bawah daaaa. Patutlah call tak jawab dia tengah busy beli beras tambahan. Hahaha sabar je lah. Lepas siap-siap belanja terus hantar barang-barang ke PKAYIK. Of courselah di guide oleh Ju lagi. Kalau tak mahi sesat barat. Balik hotel tak sempat pun rehat sangat sebab sibuk mengira sumbangan. Makam malam pun babah tapau je. Lepas makan naik ke bilik Eda packing goodie bag.
Taraaaaaa.. ini sebahagian je tau. Tepi toilet tu ada lagi. Alhamdulillah rezeki anak-anak PKAYIK. Ramai sangat dermawan-dermawan yang prihatin menyumbangkan wang ringgit, makanan dan keperluan harian untuk mereka. Syukur sesangat. Siap packing barulah saya dan anak-anak turun ke bilik kami. Semua nak ikut ummi tak nak tinggal dengan babah. Pasrah je la haha.
Ok, till then. Jumpa lagi entri akan datang.
nak tergelak bila ingatkan saat tu…huii..dah macam masuk marathon berkejaran sana-sini
kahkahkah..macam nak rebeh pinggang aku hoiii..
Wakaka. Kesiannya sampai sosat sosat. Hehehe
JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
kannnn demi anak2 PKAYIK..hehehe