Salam malam minggu..
Allah dah tetapkan rezeki setiap hambaNya. Rezeki dalam pelbagai cara dan bentuk. Dapat seplastik jambu air pun rezeki tau.
Sebenarnya officemate bawa untuk makan berjemaah di office. Sekali terlupa nak makan. Dia bagi suruh bawa balik. Balik rumah kekonon nak potong cili padi, bubuh gula dan tuang kicap. Sekali harapanku hampa belaka. Kicap dah habissssssss tuan! hahaha.
Mula lah menggeledah peti sejuk dan akhirnya jumpa Kuah Rojak Mak Bee pemberian boss. Tak tunggu lama sebab air liur dah menjejes. Ngences gitu hehehe. Terus ceduk sesudu dan menikmati rasa yanggggg auwwwwmmm sedapnya hehe. Korang makan tak kuah rojak ni? Sedap tau. Cubalah beli mesti nak lagi.
Sekali ummi tengah syok mengunyah ada suara halus di tepi ummi daaaa.
“Ummi.. itet.. nak tuuuu” sambil tunjuk jambu air. Ummi pun bagi le jamah. Ingatkan dia makan sikit eh rupanya dia berminat la. Syamil dan Ilham memang berbeza bab makan. Syamil jenis bedal semua. Ilham tak macam tu banyak yang dia tak makan hehehe. Lain anak lain ragamnya kan. Eh ni nak cerita pasal buah jambu air ke pasal anak? hehehe.
Thanks to Su yang bagi jambu air ni. Ada lagi tu dalam peti sejuk. Nak beli kicap..nak beli kicap.. nak juga cicah dengan kicap gula cili padi. Okbai!
Lama dah tak makan jambu air..
terliur pula nampak post ni.. Tapi tak pernah lagi makan jambu air dengan kicap.
hehehe try lah kicap letak gula lepas patahkan cili padi..cicah jambu tu perghhhh meletop hehehe
kan? pergh ni kalau potong2 siap2, masuk dalam peti sejuk, makan esok paginya, memang lazat!!
JOM KE BLOG UYUL! >> Blog Uyul Rosli
hahaha..jangan ngences eh uyul..