Ummi Ilhams’ Mini Garden Update – 23 Feb 2017

Hai salam hujung minggu.

Dah lama rasanya tak update hasil tanaman #ummiilhamsminigarden hehehe. Mini garden lah sangat kan. Garden secoet hujung penjuru beranda je pun.

Terkini pokok2 yang membuatkan hati ummi bebunga2 hehehe. Pokok labu yang makin lebar dedaunnya. Hai labu manalah ko nak merayap ni nanti. Nak letak kat pagar belakang rumah takut kepanasan sangat. Akan difikirkan nanti. Buat masa ni bagi ummi peluang berangan tengah masak lemak labu tanaman sendiri untuk adik syamil hehe.

Ini honey dew ada dua pokok tapi yang ni paling subur sikit hehe. Ummi plan kalau dah berbuah nanti nak buka stall depan rumah untuk The Ilhams jual buah potong ekeke. Berangan percuma! ??

Cik Tomato ni semakin meninggi satu lagi dah rebah tapi masih segar lagi. Belum ada bayang2 buah tomato nak muncul. Boss kecil dah bebel. Tak sabar nak tengok buah tomato muncul.

Ini seasu kecil red salad. Baru lepas baja minggu lepas. Nampak dah warna merah nak muncul tu. Daunnya pun nampak segar dan berkilat. Ummi guna baja organik Hadiqah. Tak sabar nak buat nasi ayam bubuh aksesori guna red salad ni haha. Berangan tak habis.

Doakan pokok2 kami hidup segar dan membuahkan hasil ya. Pokok roselle dah selamat menemui Pencipta sebelum dapat menikmati hasil. Pokok terung pun macam ada ciri2 nak pergi tu ???. Agaknya ummi ilhams ni tak boleh beli pokok dah hidup. Kena usaha tanam sendiri dari biji benih. Oklah, babai.

About Hernee Nazir 5507 Articles
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

  1. assalamualaikum hernee…wah !! dah besar pokok labu ni…makin lama makin menjalar la nanti…dah ada buahnya nanti bolehlah cop sebijik…hahahaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*