Menabung Dengan Konsep 7 Jars 

Rambling

Selamat tengahari semua.. hari ni saya nak kongsi ilmu baru yang saya sendiri baru belajar. Uolls maybe dah lama tahu hehehe.

Apa yang saya nak kongsi ialah “Menabung dengan Konsep 7 Jars”

Apa 7 jars tu ek?

Ianya adalah cara menabung yang diadaptasi dari konsep 6 JARS yg diasakan oleh T Harv Eker tapi kita tambah lagi 1 jar untuk jadikan 7 jars.

Apa kita perlu buat, kita sedia 7 tabung dan asingkan wang mengikut percentage yang telah kita tetapkan.

Tabung 1 – NEC (Necessity) 50% – tabung untuk belanja keperluan harian.. bayar bil2, lauk pauk, duit minyak, belanja anak2 etc.

Tabung 2 – EDU (Education) 5% – tabung untuk pembelajaran.. yuran kelas, buku etc

Tabung 3 – LTSS (Long Term Saving For Spending) 10% – tabung untuk pembelian yang menggunakan jumlah wang yang banyak contohnya beli rumah, kereta ke..

Tabung 4 – FFA (Financial Freedom) 5%– tabungan untuk hari tua bila dah tak mampu berkerja sekurang2nya ada back up untuk duit belanja nanti kan.

Tabung 5- PLAY (Leisure) 10% – tabung untuk buat aktiviti yang kita suka, hobi, travel etc.

Tabung 6 – GIVE (Charity) 10%  – tabung untuk kebajikan.. sedekah bagi mereka yang memerlukan.

Tabung 7 – PARENTS (Ibu Bapa) 10% – Wang belanja bulanan untuk ibu bapa walaupun mereka dah kaya. Kalau parents dah meninggal dunia, kita boleh jadikan tabung ni untuk sedekah atas nama mereka.

Percentage boleh ubah2 ikut situasi masing2 tapi mesti DISIPLIN ok. Jangan korek2 tabung bila terdesak. A BIG NO! hehehe.

2017 pun baru je 12 hari berlalu, sempat lagi kalau kita nak start untuk tahun ni. Dah jom kita menabung dengan konsep 7 jars. Botol ESP, Mealshakes saya kat rumah tu selain recycle jadi pasu bunga, insha Allah akan jadi tabung untuk Misi 7 Jars ngeh3.

p/s gambar contoh tu pakai ang pow sebelum beralih ke tabung hehehe 

#tsunamishaklee #shakleeeffect #liveamazing #9Gemilang

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!