Ramadhan Day #19

Rezeki Ramadhan ke 19.. alhamdulillah. Balik kerja saing dengan En. Nazir dalam pukul 5pm. Ingatkan dia nak suruh masak, sekali dia ajak ke Param rupanya. Kami terus je la ke Param Gelang Patah.

Menu kami, ayam golek untuk kali ketiga.. udang masak lemak, paru sambal dan kerabu kacang botol.. air pulak En. Nazir beli air durian belanda, nasi masak sendiri. Buah mata kucing tu, ummi yang mengidam nak makan hehehe. Boleh tahan sedap semua masakan. Selalu kadang2 orang masak ala kadar je kan, tapi yang ni ok sedap.

Sepanjang berbuka macam biasa la.. makanan atas meja tu akan bertukar tempat berkali2 selagi budak kecik sorang tu tak penat. Dia akan buat pusingan kat meja kacau ummi dengan babah makan.

Haaaaaaaaaaaaaa.. lepas kami berbuka dia buat aktiviti lain pulak..

Seeeeeeeeeeeeee..

Ni la budak bertuah tu.. ummi cakap nak ambil gambar nak send kat Pak Ayan dan2 dia buat muka ngengada dia tu.. hehehe.. Ilhammmm.. Ilhammmm..

Hmmm.. tak sabar nak shopping rayalah.. nak tunggu rezeki hari Jumaat ni 😉

Ok sekian cerita Ramadhan ke 19 🙂

p/s Ramadhan semakin ke penghujungnya.. entah sempat ke tidak nak berjumpa Ramadhan akan datang 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!