Ramadhan Day #15

Alhamdulillah, Ramadhan ke 15 kami dapat berbuka bersama2 keluarga En. Nazir di Kampung Parit Jabar, Senggarang, Batu Pahat. Kami bertolak balik tengahari Sabtu, sampai lebih kurang pukul 3pm sebab menyinggah beli kerepek, cerita penuh next entry πŸ™‚

Tak ramai yang ada, cuma family kami, MIL, Uda, Acu dan family Kak Andak je. Alhamdulillah meriah rezeki kami untuk berbuka. MIL masak asam pedas ayam dan sayur kobis goreng. Kak Andak bawa mee hoon goreng dan roti gulung. Saya dan En. Nazir ke Bazar Ramadhan Senggarang beli yong tau fu, murtabak, roti john, kuih-muih. Syok makan yong tau fu Β dan mee hoon sampai tak muat dah nak masuk nasi hehehe. Malam plan nak ke Expo Hari Raya kat Parit Raja, tapi diorang kata jalan jem dan kebetulan badan Ilham macam tak sihat jadi cancel plan. Nak pergi ronda Bandar BP siang hari pun cancel, kesian kat si kecik tu.

Ok itu saja, cerita berbuka di Senggarang. Insya’Allah sehari sebelum raya kami dah balik sana. Tahun ni turn En. Nazir beraya dengan family. Raya ketiga baru balik Gelang Patah πŸ™‚

p/s gambar snap lambat..tu gambar saki baki yang tinggal.. masa berbuka dah ramai2 tak sempat nak ambil henpon πŸ˜‰

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!