Ramadhan Day #14

Ramadhan Al-Mubarak

IMG_20120803_192828

 

Alhamdulillah 2 minggu sudah kita berpuasa. Hari ni balik kerja En. Nazir ajak ke Gelang Patah nak jumpa Tok Ayah Ilham kejap. Hmmmm.. kalau gitu konfemlah tak masak lagi hari ni kan.

Buat pertama kalinya setelah 2 minggu berpuasa, saya ,menjejakkan kaki ke Param Smile

Mula2 fikir tak nak turun biar En. Nazir je yang belikan makanan, tapi fikir2 balik apa la yang nak dimakan ni. Baik saya turun ronda2 sama, nanti senang pilih makanan sendiri.

Ronda punya ronda, hmmmmm.. konfius makcik nak makan apa. Last2 dua2 beli nasi kerabu. Jalan2 lagi sikit beli cempedak goreng pulak. Tambah lagi air jagung.. last sekali teringin pulak tengok ayam golek yang bergolek2 tu. Belilah sebelah buat lepas kempunan Smile with tongue out

Bila jalan depan sikit nampak nasi kerabu yang lagi menarik rupa dia. Sekali cakap la kat En. Nazir, macam tak best je nasi kerabu kita beli ni. Rupa tak menarik, En. Nazir kata kita belum rasa mana tahu sedap, ni nasi kerabu berniaga sambil beramal kata dia.. sebabnya harga murah berbanding dengan makcik yang kat pasar malam yang nasi kerabu mahal dan tak sedap tu..(bukan makcik Ruby tau..makcik ruby tu memang gerai feveret kami) Ok fine.. saya yang menurut perintah Smile

Sesungguhnya.. “don’t judge the nasi kerabu by its colour” hokkay! Surprised smile Sedaplah nasi kerabu Wak Mek ni. Secukup rasalah. Ayam golek pun sedappppppp.. sambal pencicah pun sedapppp.. memang tak rugi la.. cempedak goreng pun sedappp.. air jagung sedappp juga.. semua sedapppp.. (kenapa mesti banyak “P” ek?.. ohhh tu bukti memang sedap Smile with tongue out) Memang puas hatilah makanan hari ni hehehe. Ohhh ada lagi satu kebab, untuk bersahur. Jangan terbabas sahur sudah la ye, esok nak balik kampung ada pulak kang macam ayam berak kapur kat umah MIL..hehehe~

Ok.. itu saja cerita Ramadhan ke 14 kami.. Winking smile

 

p/s: perasan atau tidak.. sejak Ramadhan menjelma puan blog sangat rajin lagi kemaruk update blog kan.. lalalalalalalalala~

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!