Tutorial: Live Blogging Via MMS Flickr

Setelah mendapat permission daripada CIKMIN, maka saya copy & paste “Tutorial: Live Blogging Via MMS Flickr” ni untuk dikongsi bersama. Kalau datang mood pemalas saya nak buka netbuk untuk update blog atau pun ada benda2 menarik yang saya nak share on the spot, biasanya saya akan guna kaedah Live Blogging via MMS Flickr ni. Mudah je. Boleh baca tutorial kat bawah tu ya. [CREDIT TO: CIKMIN.COM]

 

Salam, Agak lama cikmin tak share sebarang Tutorial kat blog ni ya, kalau ada pun tutorial yang senang-senang je.Semalam cikmin ada buat entri tentang Apa itu Live Blogging? oleh kerana ada yang mengangkat kibod tu, cikmin dengan besar hati nak share dengan korang bagaimana nak Live Blogging menggunakan telefon bimbit korang.Jom belajar dengan cikmin eh..

 

Secara adilnya, cikmin akan mulakan dengan pengguna Blogspot terlebih dahulu.Bahan paling asas yang korang kena ada adalah:-

Handphone ada kamera dan fungsi MMS-yang cikai pun boleh

Credit Handphone-setiap MMS 25sen (Maxis)

Akaun Flickr – sila sign up, percuma je di SINI bagi yang dah ada, lagi jimat masa.

 

Setelah ada kesemuanya termasuk dengan akaun di Flickr tu, korang log in ke http://www.flickr.com/blogs.gne

 

set1 thumb Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr

Nampak tak perkataan dalam kotak merah “set up your blog” sila klik, nanti akan keluar gambarajah macam kat bawah ni..

 

set1 thumb1 Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr

Oleh kerana tutorial ini untuk pengguna BLOGSPOT, tolong pilih perkataan Blogger Blog tu okeh.Kalau salah pilih, nanti tak menjadi jangan nak ngada marah cikmin pulak.Bila dah pilih Blogger Blog sila klik NEXT. kemudian akan keluar gambarajah seperti kat bawah ni..

 

set1 thumb2 Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr

Sekarang kita kena bagi kebenaran pada Flickr untuk access blog kita lah.Klik perkataan yang cikmin kotak kan dengan kaler kuning tu.Selepas tu akan keluar macam kat bawah ni pulak..

 

set2 thumb Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr

Klik perkataan dalam kotak kuning tu “Grant Access”.Bila dah klik akan keluar lagi gambarajah macam kat bawah ni pulak..

 

set1 thumb3 Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr

Ok sekarang korang boleh pilih la blog yang korang nak LIVE  kan.(kalau ada blog lebih dari 1 lah) kalau takde klik je lah NEXT tu.Nanti akan keluar lagi gambarajah macam kat bawah ni pulak (selagi tak habis tutorial ni selagi tu lah akan keluar gambarajah..fuhh)

 

set1 thumb4 Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr

Sekarang korang cek la betul ke nama blog tu, kemudian klik ALL DONE.Selepas tu akan keluar gambarajah macam kat bawah ni..

 

set1 thumb5 Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr

Yeayyyy! Blog dah berjaya di tambahkan ke Akaun Flickr.Sekarang korang terus klik perkataan dalam kotak kuning tu.Nanti keluar gambarajah lagi… icon razz Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr

 

set1 thumb6 Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr

Sekarang korang klik kotak kuning tu, time untuk terima kod rahsia..jengjengjeng…abaikan kotak kaler merah tu dulu…

 

set1 thumb7 Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr

Nampak tak kotak kaler merah tu, haaaa..itu lah email yang diberi oleh pihak Flickr,email itu adalah lah rahsia dan unik sebab hanya korang je boleh guna, kalau terlepas kat orang lain, habislah mereka post gambar LIVE bukan-bukan kang, hehehe.(separuh email tu terpaksa di blurkan demi keselamatan cikmin).Sekarang cikmin bagi contoh email yang korang dapat ye, ingat ni contoh je tau..

 

Contoh: kodinirahsia@photos.flickr.com (ini la lebih kurang rupa email yang korang terima)

PENTING!! jika korang nak post kan entri LIVE tu ke blog, korang kena tambah perkataan 2blog selepas nama email rahsia korang tu.

Contoh lagi: kodinirahsia2blog@photos.flickr.com (kalau tak letak 2blog tu, gambar yang kita hantar melalui MMS tu hanya akan diupload ke akaun Flickr).Okeh jelas tak setakat ini?

 

Selepas part yang fenin-fenin ni sebab sekarang pun dah pukul 3.30 pagi,adeiiii.(menguap)Sekarang follow lagi apa yang ada kat dalam gambarajah kat bawah ni..

 

set1 thumb8 Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr

korang klik perkataan HERE kat dalam kotak kuning tu, selepas tu nanti keluar lagi gambarajah.. icon razz Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr

 

set1 thumb9 Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr

Haaa sekarang pilih la size mana korang nak, cikmin pilih MEDIUM.Pastu yang kat bawah tu suka hati korang lah nak pilih YES atau NO, dah siap pilih klik SAVE. (dah menguap 18juta x ni).Okeh sekarang part dah nak last dah kot masuk link ini http://www.flickr.com/blogs.gne

 

set1 thumb10 Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr

Dah masuk kat gambarajah ni, klik LAYOUT dalam kotak kuning tu dan akan keluar macam gambarajah kat bawah ni…

 

set2 thumb1 Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr

Okey, sekarang korang boleh ulang pilih lagi lah macam tadi tu je lebih kurangnya.Pilihan cikmin size yang pertama tu, bila dah klik nanti ada lah perkataan USE THIS(pilih je ni) or CUSTOMIZE (pada yang terros css) Setting ni sebenarnya untuk engine Flickr yang akan membuat posting di blog kita apabila kita menghantar MMS ke Flickr.Okeh jelas?? *menguap*

Rasanya dah selesai semua step cikmin share kat sini, sekarang adalah masa untuk korang memulakan pengembaraan korang semua dengan LIVE BLOGGING! cepat ambik henpon tu..

Ada gambar menarik yang korang nak share??pilih gambar dan pilih la nak send ke MMS(multimedia message).Dalam MMS tu subject akan jadi tajuk entri korang.Contoh korang letak subject “Nampak Artis Hot” nanti tajuk blog korang keluar la sebijik camtu.Lepas tu letak la decsription apa kat gambar korang tu.Dah selesai taip apa korang nak cerita, send lah ke alamat email rahsia korang yang flickr bagi tadi tu.

 

Selepas dah send tu, tunggu lah selesai MMS tu dihantar, korang cuba bukak blog..Taraaaaa! dah berjaya dihantar pun gambar korang tadi..Diingatkan kembali, pada pengguna Maxis hanya kadar 25sen sahaja dikenakan setiap MMS.Pada pengguna celcom pulak kadar 35sen akan dikenakan, namum kesulitannya dari pihak celcom ni adalah gambar korang hantar tadi tu ada keluar sekali mesej macam kat bawah ni..

Multimedia Message

This message has been delivered to your e-mail account by the
Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 6********
You have received this Multimedia Message in your email inbox
and it has been reformatted in order to be visible in your email client.
However, Multimedia Messages have slideshow like qualities
that are best viewed with the MMS capable player located in
MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below

 

Huhuhuhu…gila weh! nombor telefon korang sekali keluar tau, nanti tak pasal dapat panggilan hot. icon razz Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr mana sempat korang nak edit, dah korang LIVE dari luar kan.Kalau depan lappy korang LIVE takpe lah, cepat-cepat bukan blog kasi edit. icon razz Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr Akhir sekali diingatkan, tutorial ni sangat lah ‘mesra’ dengan henpon jenis NOKIA.Jika korang guna Sony Erricson ke(selain dari yang ini tak pasti), ada sedikit kesukaran ketika membuat Tajuk Entri.Rujuk kat SINI.

Jam dah pun menunjukkan pukul 4.20 pagi, cikmin harap tutorial ni jelas pada korang Pengguna Blogspot.Panjang berjela sebab cikmin nak kasitau detail, kalau tak nanti ada je yang tak kena.Selepas ni kalau takde hal cikmin akan buat Tutorial untuk pengguna WordPress.org pulak, tak pun korang google je lah sendiri. icon smile Tutorial : Live Blogging Via MMS Flickr

UPDATED: 15/11/10 – PENGGUNA WORDPRESS.ORG SILA KLIK LINK DIBAWAH UNTUK KE TUTORIAL LIVE BLOGGING.

Bagaimana hendak membuat live blogging

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

4 Comments

  1. nazame

    duhhh.. tgk manual nyer poung dah naik tingtong ambe.. skrg ni nak blog mcm2 medium leh digunakan.. messin fax boleh x? 😉

    • Hernee Nazir

      nazame>>blh nti aku suh pak dolly ajo..blogging gune fax machine.. 😉

  2. nazame

    pak dolly? aduhh jgn dsebut skali mood bebel dia dtg balik!! habis…!! ilang idea!! hahaha pok pek.. pok pekk… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *