Oh Siput Sedut..

Oh Siput Sedut.. by herneesamshudin
Oh Siput Sedut.., a photo by herneesamshudin on Flickr.

Entry ni sepatutnya keluar malam semalam. Tapi taip sekerat jalan sebab kepenatan yang amat lagi pun hidung dan tekak ni kurang sihat.

Alhamdulillah.. makan tengahari semalam ditaja oleh Ita, yang bawa bekal siput sedut masak lemak, siakap sambal dan mee goreng. Oohhh sangat sedap masakan Angah, kakak kepada Ita ni. Dah boleh kahwin dah ni hehehe. Hancussss lebusss la diet diabetes hahaha.

Rasanya orang yang bawak ni makan sikit je, saya yang makan terlebih2 sampai semput rasa huwaa. Jangan ikut perangai saya. Sekarang nafsu makan macam melonjak2. Takut juga rasanya, kang tak pasal2 berat mencanak2 naik. Berat saya sekarang.. jeng..jeng..jeng.. 58kg sudahhh. Tak lama lagi merasalah menjadi 60kg 😉

Oklah, tengah counting the minutes ni. Lapar nak tunggu lunch hour mencucuk2 rasanya. Baby pun kemain aktif lagi ni. Baby yang lapar ke? Omak aeh yang over lapar ni??? 😉

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!