Live @ Taman Cendana, Pasir Gudang

Saya sedang melayan budak pelat melukis hehehe. Dah lama tak menjengah anak2 buah, kebetulan hari ni En. Nazir pun bercuti, jadi sempat juga la berjalan ke Pasir Gudang ni.

Hujan lebat pulak kat luar tu. Lepas melayan melukis, kita layan dia main masak2 pulak.

Bila ditanya, ''Nabila masak pe tu?''

''Kita mashak kuih nonat''

Bila diminta suap, ''Cepat..suapkan makcik''

Terus je dia berlari meluru, sambil hulur garfu mainan tu hehehe.

Bila..bila.. Sekali sekala melayan mulut dia yang tengah kepoh nak bercakap memang seronok. Membebel dah macam orang tua. Banyak bahasa dia tukar sabun jadi 'shibun' sibuk jadi 'shibuk'. Pelat 's' budak si Bila ni hehehe.

Oklah, makcik punya mata dah kelat2 dah ni. Nak terlelap kejaplah hehehe.

Sent from my Chokia phone

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!