Esok kita akan berpeluang menyaksikan Gerhana Bula Separa dari jam 7:22 pm hingga 10:20 pm. Gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang bumi.
Gerhana pada 26 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:57 p.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan
Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk.
Fenomena gerhana tersebut hanya dapat disaksikan apabila Bulan mulai terbit pada jam 7:22 p.m. dan Bulan telah pun memasuki bayang umbra Bumi (U1) sejak jam 6:17 p.m. lagi. Gerhana maksimum akan berlaku pada jam 7:38 p.m. Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 9:00 p.m. apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).
Gerhana masih terus berlaku sehingga 10:20 p.m. tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.
Fasa-fasa Gerhana Bulan Separa boleh diperhatikan seperti di Rajah 2 dengan keterangan seperti di Jadual 1
Jadual 1 : Data Gerhana Bulan Separa Pada 26 Jun 2010
Fasa Keterangan Masa
P1 – Bulan mula memasuki “Penumbra” 04:57 p.m.
U1 – Bulan mula mengalami fasa gerhana separa 06:17 p.m.
Maksimum – Bulan berada separa dalam “Umbra” 07:38 p.m.
U4 – Bulan keluar sepenuhnya dari “ Umbra” 09:00 p.m.
P4 – Bulan keluar dari “Penumbra” 10:20 p.m.
Orang ramai bolehlah memeriahkan Planetarium Negara pada 26 Jun 2010, jam 8.00pm – 10 pm. Masuk adalah percuma.
[Sumber: Angkasa Malaysia]
Kalau ada kesempatan lakukanlah Solat Sunat Gerhana Bulan ya..
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
- Rakaat pertama
- 1. Niat solat Gerhana, Takbir
- 2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
- 3. Rukuk
- 4. I’tidal
- 5. Baca Al-Fatihah dan surah
- 6. Rukuk.
- 7. I’tidal.
- 8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
- Rakaat kedua
- 1. Niat solat Gerhana, Takbir.
- 2. Baca Al-Fatihah dan surah.
- 3. Rukuk.
- 4. I’tidal,
- 5. Baca Al-Fatihah dan surah.
- 6. Rukuk.
- 7. I’tidal.
- 8. Sujud
- 9. Tahiyyat Akhir
Selamat beramal 🙂
©Hernee Nazir – Sesiapa yang ada DSLR camera dan ada lens yang power2 boleh zoom ye ;p