Dapat Tengok Episod Last Adamaya Pun Jadilah..

..buat2 lepas kempunan hehehe~

Before pukul 6.30 dah remind En. Nazir nak tengok last episode of Adamaya. Kesian saya, dapat tengok episod last je kat tv. Dari awal memang tak adda kesempatan langsung. Nak tengok online lagi la hampeh punya malas.
Walaupun baru tengok sekali, tetap touching sorang2. Meleleh2 air mata makcik depan tv. Tetiba je ada orang  campak baju pada saya dan gelakkan. Baru nak layan perasaan sorang2. Macamlah dia tak kenal wife dia yang gembeng lagi cengeng ni kan ;p

Banyak pengajaran sebenarnya dari drama ni. Cheh. Cara cakap macam dah khatam semua episod. Saya buat kesimpulan sendiri la, sesungguhnya kita kena menghargai apa yang kita ada. Hargailah suami kita, walaupun ada kekurangan dalam diri dia. Susah nak dapatkan cinta sejati. Jangan nanti bila dah terlepas baru kita nak sedar dan menyesal. Mungkin masa tu dah terlambat. Semoga rumahtangga kita semua kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Ending cerita ni best la. Tak bazir sangat air mata tadi 🙂

©Hernee Nazir – Bersyukur dan terus bersyukur dengan nikmat memiliki cinta suami. Thanks Allah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!