Pencarian Camelians UiTM Melaka..

Saya sangat gumbira kerana dapat berjumpa kawan2 sekampus masa di UiTM Melaka.

Semalam saya ternampak bestfriend saya Aien join Group Camelia (UiTM Melaka) saya pun terus join juga. Bila dah join jumpa ramai kawan2 senior junior. Rasa rindu sangat2 kehidupan sebagai pelajar dulu.
Saya penghuni Level Charming dari Part 2 sampai Part 6. Alhamdulillah dapat bilik yang sama, dengan roommate2 tersayang Aien, Khair dan Lisa. Dioranglah kawan suka dan duka saya. Geng2 selevel pun memang best Kak Amy, Nawal, Kak Jue, Mar, Kak Azerq, Kak Krame, Ahlam, ramai lagi la. Bilalah dapat jumpa dengan semua semula kan. Kalau boleh nak jumpa juga dengan RS Camelia, En. Wan Zul dan Auntie Zaharah. Sangat sporting diorang ni anak beranak.

Saya juga salah seorang MPP Kampus Camelia, Biro Pembangunan Insan masa Part 6. Tak tahulah terbangun ke tidak insan2 di Camelia 🙂 Memang best pengalaman tu semua. Nanti saya sambung cerita di entri akan datang. Kalau sempat saya selitkan gambar2 masa zaman hingusan saya dulu.
To all, Camelians out there, 
Jom meriahkan lagi Group Camelia (UiTM Melaka) untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim kita yang terputus dan terlerai di tepi jalan. Tak kira dari zaman bila pun, batch tahun bila pun marilah kita bersatu.
I am proud to be Camelian.


©Hernee Nazir – Bestnya kalau dapat berkumpul semula, buat gathering makan ayam hitam pakcik cafe yang sedap gila tu..
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *