“ Apabila telah kubebankan kemalangan ( yakni bencana ) keatas salah seorang hambaKu,
Enggan menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amalan baginya . ”
( Riwayat Termizi dari Anas r.a )
♥ Menurut Hujattul – Islam Imam Al-Ghazali,sabar itu ialah tetap tegaknya dorongan agama ketika berhadapan dengan dorongan hawa nafsu
♥ Menahan diri atau sabar dan melakukan apa-apa yang ditentang agama bermakna kita benar-benar mengenal Allah dan KekuasaanNya.
♥ Bencana yang menimpa seseorang di dunia berkemungkinan merupakan penghapusan dosa-dosa secara spontan oleh Allah S.W.T .
♥ Pelbagai kesusahan di dunia adalah takdir Allah S.W.T dan Dia akan menggantikannya di akhirat kelak dengan Rahmat dan keredhaanNya yang tidak terhingga .
♥ Sabar merupakan kekuatan untuk berbuat baik dan merupakan benteng untuk berbuat jahat.
♥ Sabar bermakna redha dan ikhlas menerima ketentuan Allah S.W.T . Tidak sabar bermakna tidak redha dan ikhlas dengan ketentuan Allah S.W.T .
♥ Sabar untuk memetik hasil,sabar menunggu waktu yang tepat dan sabar membuat perhitungan termasuk sifat sabar terpuji seorang pemimpin .
♥ Tidak gelisah,tidak mengeluh,tidak menyesal,tidak mengumpat-ngumpat ( terhadap segala musibah ) adalah sebahagian dari sifat sabar .
♥ Menahan diri dari hidup secara mewah di waktu kaya adalah sifat sabar .
♥ Mengusahakan diri supaya tidak hampit kepada maksiat adalah sifat sabar .
♥ Tetap teguh hati ketika ditimpa kecelakaan dan penyakit adalah sifat sabar .
♥ Sabar bukan hanya menerima sahaja tetapi cuba mengatasinya dengan cara yang baik .
♥ Sabar ialah menyertakan hati supaya berbaik sangka terhadap pemberian Allah S.W.T .
♥ Sabar yang sempurna ialah sabar yang tidak ada keluh kesah dan pengaduan .
Nota kaki:♥ Renung²kan bersama & Selamat Bersabar!!! ♥