14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Rabu, 7 Januari 2009)
1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri
Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
Lafaz Niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
9. Bercelak
Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Surah Al-Ikhlas hingga akhir 1000x
Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz Niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Surah Al-Ikhlas 11x.
12. Membaca
‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’
Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Insya’Allah..
Nota kaki: Semoga Allah memberkati kita semua.. Selamat Beramal!! 🙂
thanks for the info kak..
same2 la kite tmbh ape yg kurang..n kekalkan ape yg ade..