My Pregnancy Journey – 28 Weeks

Pregnancy Journey

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kandungan Ummi dah masuk minggu ke 28. Ummi masih belum ada kesempatan lagi nak menaip panjang lebar setiap appointment doktor macam pregnancy yang sudah-sudah. Gambar dah bersusun sebenarnya, tapi kemalasan tahap dewa hehehe.

Doa dan harapan Ummi adik baby sihat dan baik-baik aje kat dalam tu ya. Kalau tengok ada 83 days lagi before birth. Uisyhhhh dup dap dup dap jantung Ummi. Doa yang baik-baik ya sayang. Please behave kat dalam tu.

Kalau ikutkan estimation bila usia 7 bulan berat baby 1.2kg dan ukuran tinggi 372mm. Sebesar lettuce jek. Ehhh sedapnya lettuce i loikkeee hehe. Kita tunggu scan nanti tengok doctor estimate baby weight berapa ya. Ummi seram juga ramai yang tegur perut Ummi besar sangat hahaha. Berat mata uolls memandang, berat lagi Ummi menggendong perut ni hehehe. Mohon doakan yang baik-baik.

Setakat usia 7 bulan ni, last timbang 13 Dec berat Ummi baru mencecah 67kg. Kiranya baru naik 2kg dari mula pregnant. Memang masa early pregnancy tu berat ada turun sikit sebab tak selera makan. Time pregnant senang je nak turun eh. Sejak dah boleh makan dan masak, ada la naik beratnya.

Appointment doctor yang dah berderet-deret menanti.

  • 28 week – 22/12 BSP – 23/12 Appointment doktor Klinik Kesihatan Gelang Patah
  • 29 week – Appointment doktor di Klinik My Family. (rezeki adik baby dapat details 5D scan percuma)
  • 30 week – Appointment HSA untuk fetal echo (details scan & check jantung) adik baby. Semoga tak ada apa yang serius. Doakan Ummi dan adik baby ya.
  • 31 week – Appointment SCOG HSA.

Sebelum-sebelum ni pun appointment memang berderet-deret. Redho je lah bila dugaan datang dan pergi. Insha Allah disebalik rasa kesusahan ni Allah nak berikan kesenangan dan kebahagian di masa akan datang. 

Doakan ya kawan-kawan. Mudah-mudahan ada doa kawan-kawan Ummi yang dimakbulkan Allah. Tak terbalas jasa baik kawan-kawan semua. Semoga urusan kita semua dipermudahkan olehNya.

Loading

Related Posts

4 thoughts on “My Pregnancy Journey – 28 Weeks

  1. Ehh.. kejap je ummi dah 28weeks.. semoga adik baby dan ummi ilhams sihat2 selalu.. tak sabar nak tengok ilham junior..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!