Lontong Goreng

DSC_4702

Misi menghabiskan nasi impit diteruskan lagi.. Smile

Pagi Sabtu saya gigih membuat lontong goreng. Teringat MIL yang memang suka buat lontong goreng.
Memang saya dah standby beli udang untuk jadikan rencah semalamnya.

Resipi ringkas saja, pejam mata pun boleh Thumbs up

Bahan2nya:

Lontong/ nasi impit (ikut suka nak berapa banyak dipotong 4 segi kecil)
Udang 15 ekor (saya belah dua dan buang kulit)
Ikan bilis
2 Bawang putih
1/2 Bawang besar
Cili Padi (ikut kepedasan yang disukai)
Kacang panjang (potong halus)
Carrot (tapi terlupa nak beli Smile with tongue out)
Minyak masak
Garam dan serbuk perasa

Cara2nya:

Tumbuk cili padi, bawang putih, bawang besar dan ikan bilis sehingga lumat dan tumis. Masukkan udang yang telah dibuang kulitnya. Kemudian masukkan kacang panjang dan carrot. Setelah itu masukkan garam dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan nasi impit dan gaual sehingga rata dan rencah sebati dengan nasi impit. Sedia untuk dimakan Smile

Leave a Reply

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: