Khidmat Masyarakat @herneenazir.com

Free Market For Asnaf – Menyumbang Sempena Ramadhan & Hari Raya

Assalamualaikum,

“Semoga Allah memberkati kami di bulan Syaaban, dan menyampaikan kami ke bulan Ramadhan”

InsyaAllah Jawatankuasa Penduduk Zon 6 (Mutiara Rini & kawasan sekitar) akan menganjurkan program yang bertujuan untuk membantu dan meringankan beban saudara-saudara kita dalam bulan Ramadhan yang akan datang.

Program ini dengan semangat Rahmat Seluruh Alam, InsyaAllah cuba membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan agar sama-sama dapat menjalani Ramadhan dengan lebih baik melalui sumbangan berupa wang tunai, barangan dapur dan keperluan menyambut Syawal.

Saya dengan ini mengalu-alukan rakan-rakan yang berminat untuk menyumbang agar menghubungi wakil JKPZ 06 untuk memberikan sumbangan dan turut serta menjayakan program tersebut.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi no telefon seperti dalam poster.

RAMADHAN KAREEM 😊

Mohd Taufik Rizal bin Mohd Said
Ahli Majlis MBIP Zon 6
Pengerusi JKPZ 06

150 total views, 1 views today

2 thoughts on “Free Market For Asnaf – Menyumbang Sempena Ramadhan & Hari Raya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *