Beli Rumah Atau Sewa Rumah.. Mana Satu Pilihan Anda?

From The Bottom Of My Heart

[BELI RUMAH ATAU SEWA RUMAH.. MANA SATU PILIHAN ANDA?]

Berat rasa tajuk hari ni. Tapi Ummi cuba juga kongsi mana termampu. Masing-masing ada pendapat tersendiri.

Ada yang mampu membeli rumah sendiri ada juga yang selesa untuk menyewa saja. Yang pasti kita semua tahu apa perancangan kewangan kita.

Membeli rumah adalah satu keputusan kewangan yang sangat-sangat penting.

Kenapa Ummi kata penting?

Kerana ianya melibatkan kos yang tinggi, lagi-lagi zaman sekarang ni susah nak jumpa rumah harga murah. Tak semua orang mampu untuk memiliki rumah idaman masing-masing tapi semua tu tak mustahil dengan usaha. Mula-mula kita berangan dulu.. sambil-sambil berangan tu kumpullah duit bukan berangan kosong hehe.

Yang masih menyewa rumah jangan rasa rendah diri tak memiliki rumah sendiri. Insha Allah korang pun mampu cuma tiba masanya nak membeli tu kan. Siapa tahu sekarang korang menyewa esok lusa Allah bagi korang rezeki korang mampu beli rumah secara tunai lagi. Ternganga Ummi tengok. Ummi pun masih terkial-kial bayar duit rumah ni nasiblah ada bank nak bagi loan hehehe.

Kalau rezeki terlebih-lebih beli rumah 2 3 lagi bagus korang sewakan. Duit sewa tu boleh la rolling kan untuk bayaran bulanan loan bank hehehe. Ummi bukan mahir sangat pun bab-bab jual beli rumah ni.

Apa pun pilihan di tangan masing-masing.. menyewa atau membeli rumah sendiri ikut bajet dan kemampuan kita. Bersyukurlah masih ada rumah untuk kita disewa.. ada orang lain tu hari-hari tidur tak berbumbung. 

Nak beli rumah? Eh jangan cari Ummi.. Ummi jual Shaklee tak jual rumah hehehe.

Credit to owner gambar rumah cantik tu.. tu bukan rumah Ummi..hehehe Rumah Ummi biasa-biasa je. Janji ada tempat berteduh. Tak gitu?

p/s Lamanya tak menjenguk rumah Babah yang kami sewakan tu.. apa dah jadi dengan rumah tu agaknya ya.. semoga penyewa sayang rumah tu macam rumah mereka sendiri.

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!