Blog post

Susu UHT Fernleaf – 100% Mmmmm Dari New Zealand

14/10/2018

Assalamualaikum semua.. selamat berhujung minggu πŸ™‚

Hari ni kita cerita pasal susu lah. Asyik cerita pasal makan je boring jugakan. Sekali sekala kita tukar topik minuman pula hehe.

Ummi pasti korang dah biasa dengar pasal susu UHT keluaran Fernleaf ni. Salah satu jenama yang terkenal di dunia dan menjadi pilihan ramai dari pelbagai peringkat usia. Pendek kata susu UHT Fernleaf ni memang sesuai untuk seisi keluarga. Ummi juga yakin koranh tahu bertapa pentingnya kalsium dalam tubuh badan manusia. Jadi salah satu cara untuk mengelakkan tubuh badan kita kekurangan sumber kalsium adalah dengan pengambilan susu yang konsisten.

Susu Fernleaf adalah keluaran asli yang dibuat 100% susu dari negara New Zealand. Para peladang di Fernleaf akan memastikan lembu tenusu dijaga dengan rapi dan diberikan rumput yang berkualiti setiap hari. Hasilnya susu yan terhasil mempunyai sumber makanan semulajadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap oleh tubuh badan manusia. Susu UHT Fernleaf ini juga mengandungi banyak nutrien penting yang lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.

Lembu Tenusu & Rumput (Grass-fed dairy cows – graze outdoors freely)

New Zealand mempunyai tanah yang subur dengan kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang banyak jadi tidak hairanlah lembu tenusu di sana dapat meragut rumput-rumput yang berkualiti (high quality fresh grass) secara bebas tanpa perlu terkurung dalam kandang supaya dapat menghasilkan susu Fernleaf yang berkhasiat dan berkualiti tinggi.

Lembu tenusunya menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas secara tidak langsung lembu-lembu tersebut mendapat kanduungan vitamin D yang sihat.

Lembu Tenusu Menghasilkan Susu Secara Semulajadi (Produce Milk Naturally)

Faktor iklim yang selesa, udara dan air yang bersih serta rumput yang berkualiti tinggi mampu merangsang lembu-lembu tenusu ini untuk menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu atau milk booster.

Pakar Tenusu (Dairy Expert)

Fernleaf adalah pakar tenusu yang mempunyai pengalaman lebih daripada 140 tahun dalam perladangan tenusu. Para peladang sentiasa memastikan mereka menghasilkan kualiti susu yang paling baik dalam setiap peringkat dari proses awal penghasilan susu berkualiti sehinggalah proses edaran kepada pengguna. Maka tidak hairalanlah mereka boleh menjadi “Pakar Tenusu Terulung di Dunia”.

View this post on Instagram

Suka betul Mak Wee dapat sedut susu coklat tu kan.. lagi-lagi bila guna straw yang hipster tu hehehe.. Mak Wee ni memang peminat susu UHT Fernleaf tau..😍😍😍 . Susu Fernleaf ni diperbuat daripada 100% susu segar dari New Zealand. Lembu tenusunya meragut rumput-rumput yang berkualiti secara bebas tanpa perlu terkurung dalam kandang supaya dapat menghasilkan susu #Fernleaf yang berkhasiat dan berkualiti tinggi. . Khasiat susu Fernleaf yang korang perlu tahu: πŸ„ Tinggi kalsium πŸ„ Tinggi Protein πŸ„ Kaya dengan vitamin A & D πŸ„ Mengandungi banyak nutrien . #FernleafUHT #100Mmmmm #fernleafmalaysia #milk #newzealand #lifestyleblogger #malaysianblogger #bloggerjohor #JDTBlogger #TeamBloggerJohor #herneenazirdotcom

A post shared by Hernee Nazir (@herneenazir) on

Dalam keluarga kami pun Ummi dan Mak Wee ni antara penggemar susu UHT Fernleaf tau. Mak Wee macam biasalah lebih gemar susu coklat. Manakala Ummi memang suka gila dengan full cream. Lemak berkrim gitu hehehe.

Nampak tu syok sangat Mak Wee menyedut susu UHT Fernleaf coklat tu. Memang 100% Mmmmm. Punyalah sedap, sampai terpejam mata hehehe.

Terdapat tiga pilihan susu UHT Fernleaf ni, ada krim penuh (full cream), rendah lemak (low fat) dan coklat. Kesemua perisa ni didatangkan dalam bungkusan 1 liter dan 200 ml.

Korang boleh dapatkan susu UHT Fernleaf kegemaran korang di pasaraya dan kedai-kedai berhampiran. Memang senang je nak cari susu ni.Β 

Susu UHT Fernleaf memang terbaik!! 100% Mmmmm.. Sedap!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link di bawah:

635 total views, 1 views today

Share this nice post:

3 Comments

  • Sis Lin

    14/10/2018 at 7:10 pm

    Kannn sesekali kena cite benda lain laa…hahahaha..
    Kita suka susu coklat dia sedap sangat, lagi pulak kalau sejuk, nikmatnyaaaa…

  • kisahsidairy

    15/10/2018 at 9:40 am

    susu untuk kuatkan tulang..hehehehe.. sedap sangat yang perisa coklat tu…

  • Mar Mansor

    17/10/2018 at 7:27 am

    susu yang sedap penuh berkhasiat. ensem mr.moo tu..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: