Kenangan #PRU14

09/05/2018

Aasalamualaikum..

Hari ni rata-rata semua update pasal #PRU14. Alhamdulillah Ummi dan adik-adik sudah menjalankan tanggungjawab kami sebagai rakyat Malaysia. Ini kali ketiga Ummi mengundi tapi rasa nervousnya macam kali pertama. Lain sangat rasa mengundi kali ini. Serious! Sepanjang masa rasa ada rama-rama dalam perut. Kami mengundi di SK Tiram Duku. Ummi masuk di saluran 3, Mommy Ngah dan Mama Cu saluran 4. Ummi punya saluran laju je siap hehe. Kali ni nampak lebih ramai anak muda yang turun mengundi. Mudah-mudahan ada pembaharuan untuk Malaysia.

Mama Cu dah siap setelah beratur panjang.

Mommy Ngah pun dah siap.

We’ve done our part. Korang jangan tak mengundi tau. Inilah masanya kita nak tentukan pemimpin yang betul-betul boleh mentadbir negara kita yang bebas korupsi. Tak ada maknanya kalau korang duk bercerita pasal politik, pungpang pungpang komplen sana sini tapi in the end tak keluar mengundi. Jalankan tanggungjawab korang ok.

Semoga pilihan kita membantu menyelamatkan negara Malaysia yang kita sayangi dan masa depan anak-anak kita nanti. Semoga Allah merahmati segala usaha kita dan memberkati negara Malaysia. Aamiin.

#prayforMalaysia #PRU14 #GE14 #GeneralElection #inikalilah #MalaysiaMemilih

p/s mula idelible ink ni cair jek.. lama-lama makin pekat macam pakai inai..

Share this nice post:

6 Comments

  • Kuazue

    10/05/2018 at 9:38 am

    Tahniah kerana berjaya jalankan tanggungjawab mengundi

    1. Hernee Nazir

      10/05/2018 at 10:29 am

      alhamdulillah tugas rakyat..

  • Sis Lin

    10/05/2018 at 3:16 pm

    Alhamdulilah..tertunai sudah tanggungjawab kita …

    1. Hernee Nazir

      16/05/2018 at 11:13 am

      alhamdulillah kak ahirnya.. tumbang jua ekekeke

  • Mar

    11/05/2018 at 3:09 pm

    alhamulillah.selamat semuanya.makin hitam jari ni kan.

    1. Hernee Nazir

      16/05/2018 at 11:14 am

      cantik macam inai hehehe

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: