Tasneem Naturel Baby Balm Terbaik Untuk Seisi Keluarga

20/01/2018

tasneem naturel 1.jpg

Hai korang semua. Ummi ni bab share barang-barang best memang Ummi suka. Sebelum ni Ummi duk perhatikan je orang share pasal bestnya produk ni. Setelah Ummi sendiri menggunakan produk ni untuk diri sendiri, anak-anak dan suami Ummi rasa memang tak patut kalau Ummi tak share. Produk yang pastinya akan digemari oleh ibu-ibu, TASNEEM NATUREL BABY BALM.

Ibu-ibu yang baru, yang bakal melahirkan anak dan yang masih tercari-cari balm untuk bayi, apa kata korang teruskan pembacaan. Mana tahu korang pun terpikat dengan produk ni hehe. Tapi kalau korang nak tahu, Ummi memang suggestkan korang guna baby balm ni. Nama je baby balm tapi seluruh keluarga boleh guna tau. Dari baby sampailah ke ibu ayah silap-silap datuk nenek pun tertarik hati nak pakai.

Produk Tasneem Naturel Baby Balm adalah produk yang berasaskan  bahan semulajadi  dan 100% pati minyak (Essential Oil)  yang asli. Diperbuat di kilang OEM bertaraf GMP (Good Manufacturing Practices). Ada lebih kurang 5 jenis essential oil yang digabungkan dalam sebekas balm ni. Korang tak perlu risau tentang bahan-bahan yang terkandung dalam balm ni. Semuanya adalah bahan-bahan semulajadi tanpa bahan kimia seperti paraben, SLS dan bahan pewarna tiruan. Say NO to CHEMICAL ok. Yang penting mak-mak kena tahu, nak sapu balm kat baby make sure balm yang korang tepek tu yang mendapat kelulusan daripada KKM tau. Haaaa jangan main suka tepek balm sudahnya anak-anak jadi mangsa.

Sejak berkenalan dengan Tasneem Naturel Baby Balm ni, memang Ummi bekal je dalam beg. Bekasnya yang kecil memang mudah nak dibawa ke sana ke mari. Memang bertambahlah isi perut beg doraemon Ummi tu hehehe.

Jom kita berkenalan dengan lebih dekat 4 produk terbaik dari Tasneem Naturel Baby Balm:

tasneem naturel - coughflu time.jpg

COUGHFLU TIME

Ramuan:

Lemon, Sweet orange, Eucalyptus, Cypress, Tea Tree

Kebaikan Coughflu Time:

  • Membantu mengurangkan selesema dan mencairkan kahak
  • Membantu melegakan asthma
  • Membantu mengurangkan suhu badan ketika demam

Cara Penggunaan:

Sapukan pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki, dan dada

***
Kebetulan Ummi dan Syamil memang tengah batuk dan selsema sekarang ni. Apa lagi duk syok la menyapu CF ni kat bahagian-bahagian yang disyorkan. Lega wehhhh. Dah la bau sedap. Jangan risau baml ni tak panas, tak pedih mahupun melekit.

 

tasneem naturel - calm time.jpg

CALM TIME

Ramuan:

Lavender, Naval orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Chamomile

Kebaikan Calm Time:

  • Memberikan keselesaan kepada bayi
  • Mengurangkan keletihan dan tekanan
  • Mebantu anak lebih tenang

Cara Penggunaan:

Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan

***
The Ilhams tu boleh tahan aktifnya kekadang ada masa pening juga kepala Ummi. Jadi setiap kali nak keluar berjalan atau kemana-mana Ummi akan sapu Calm Time. Siap bekal dalam beg tau. Sebelum Abang Ilham ke sekolah pun Ummi akan sapu Calm Time supaya membantu Abanag Ilham lebih tenang dan mengurangkan keletihan sepanjang waktu persekolahan.

 

tasneem naturel - sleep time.jpg

SLEEP TIME

Ramuan:

Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Targerine fruit fermet, Ylang ylang

Kebaikan Sleep Time:

  • Membantu anak supaya mudah tidur lena
  • Membantu anak bangun dalam mood ceria
  • Membaiki kualiti tidur

Cara Penggunaan:

Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan

***
Sleep Time ni memang senjata terbaik untuk memastikan Abang Ilham tidur lena. Almaklumlah budak sorang tu kan baru masuk darjah satu. Jadi Ummi Babah memang akan pastikan waktu tidur Ilham adalah konsisten setiap hari persekolahan iaitu pada jam 10 malam. Sebelum tidur Ummi akan sapu Sleep Time pada semua tau. Empat beranak semua kena sapu balm. Alhamdulillah setiap pagi mudah Abang Ilham nak bangun ke sekolah. Tak banyak drama macam dulu-dulu.

 

tasneem naturel - tummy time.jpg

TUMMY TIME

Ramuan:

 Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise, Juniper

Kebaikan Tummy Time:

  • Membuang angin dalam perut
  • Bantu melegakan perut sebu dan kembung

Cara Penggunaan:

Sapu pada perut dan tapak kaki

***
Anak-anak Ummi memang jarang ada masalah sakit perut atau kembung perut. Tapi Ummi tetap sapukan pada perut Syamil sebelum tidur atau selepas tukar diapers. Supaya perut rasa selesa dan lega.

 

IMG-20180113-WA0001.jpg

Ini harga untuk kesemua produk keluaran Tasneem Naturel Baby Balm. Pada Ummi harganya memang berpatutan dengan kualiti produknya kan. Satu bekas balm tu boleh jimat sehingga 3 bulan. Yang penting produk ni keluaran Muslim tau.

Kalau korang nak tengok Testimoni dari para ibu-ibu yang menggunakan produk ni boleh baca kat bawah ni ya:

testimoni tasneem naturel 1.jpg

testimoni tasneem naturel 2

testimoni tasneem naturel 3

testimoni tasneem naturel 4

testimoni tasneem naturel 5

Amacam? Korang rasa best ke tak baby balm ni? Rasa teruja tak nak mencuba? Kalau korang nak mencuba dan nak rasai sendiri pengalaman sebagai pengguna produk baby balm keluaran Tasneem Naturel ni, boleh rujuk link dan contact number di bawah ya. Semoga perkongsian Ummi ni sedikit sebanyak membantu korang untuk membuat pilihan. Ingat, buat pilihan yang bijak untuk kesihatan anak-anak. Gunalah TASNEEM NATUREL BABY BALM “Sehangat Usapan Ibu”.

NAK ORDER?

TASNEEM NATUREL NETWORK

15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR

HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)

Waktu Operasi
Isnin – Jumaat
9:00AM – 5:00PM

Official Website: www.tasneemnaturel.com

 Instagram: TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ)

Facebook : TASNEEM NATUREL HQ

Share this nice post:

6 Comments

  • sis gee

    22/01/2018 at 12:11 am

    balm ni sangat di recommend kan!!

  • kinah

    24/01/2018 at 1:16 am

    Bagus balm ni. Anak pun suka dengan balm ni sebab packaging dia tu comei sangat hihi

  • Ainyy Zain

    24/01/2018 at 10:07 am

    Ainy pun pakai kak balm ni dan Ainy sangat suka yang sleep time tu. Best! Senang je nak tidur. Salam kenal kak.

    1. Hernee Nazir

      24/01/2018 at 12:01 pm

      salam kenal ainyy.. bestkan..akak nak tidur pun sapu..

  • Maria Firdz

    24/01/2018 at 6:47 pm

    Best kan Balm comel ni..

    1. Hernee Nazir

      24/01/2018 at 7:11 pm

      Senyum lebar mak2 dapat balm ni utk anak2 kan..hehehe

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: