Products Review

Review BOSCH High Pressure Washer

Ingat tak Ummi menang voucher RM100 dari Lazada tempoh hari. Kalau tak ingat boleh baca entri INI. Oleh kerana Babah Ummi punya back bone dalam memajukan blog ecehhh jadi kekonon Ummi nak hadiahkan RM100 tu kat dia la. Suruh dia pilih nak barang apa dari Lazada. Sekali dia kata nak beli BOSCH High Pressure Washer. dan rela nak top up balance amount tu. Ummi ok je, memang berguna pun untuk guna kat rumah.

Minggu lepas sampailah idaman hati Babah BOSCH High Pressure Washer. Nasib baik ada assistant yang baik hati tolong angkut masuk kereta hehe.

Malam Sabtu Babah dan hero-heronya berusaha gigih unboxing BOSCH ni hehehe. Tengok budak sorang tu. Ada ke dia buat senapang nozzle tu lepas tu nak tembak Ummi hahaha.

Ummi terpaksa cover body Abang Ilham yang tiugh sangat tu hahaha.

Taraaaaa.. siap sudah Babah menggodeh. Dah boleh cuba try test hehe. Tapi tunggulah siang hari ya. Jangan la batak sangat nak buat malam-malam hahaha.

Ok ni antara kebaikan BOSCH High Pressure Washer:

  • Storage for all accessories/hose/cables
  • Simple, quick connect fittings
  • Self priming/use with water tanks
  • Clearview Water Filter
  • Innovative hose storage
  • Auto-stop system
  • Detergent dosing system

Tujuan utama beli ni memang sebab senang nak sembur kat lantai mozek garaj dan toilet. Lantai mozek kitorang tu warna cerah. Memang seksa nak cuci. Kadang-kadang dah cuci sental macam nak tercabut tangan pun kotoran degil tak hilang. Itu yang Babah nekad beli BOSCH High Pressure Washer ni.

Ini dalam toilet. Korang jangan ingat kitorang tak cuci toilet tau hehe. Dah puas sental dengan berus, simbah Goodmaid tapi ya ampun seksa nak hilang.

Sekali Babah basuh guna waterjet ni haaaa ko terus berkilat bersinar-sinar. Lepas ni tak payah la susah-susah sampai melecet tangan nak memberus. On kan BOSCH High Pressure Washer, simbah Goodmaid dan semburlah ke lantai konfem berkilat.

Korang kalau nak beli boleh ke website LAZADA Malaysia ya. Harga BOSCH High Pressure Washer ni RM365, Ummi guna voucher RM100 so Babah top up RM265. Banyak lagi rangkaian produk BOSH High Pressure Washer ni lagi mahal lagi tinggi specificationnya. Untuk yang kami beli ni ada 6 Months Local Manufacturer Warranty. So far memang ok dan recommended.

Share this nice post:

Comments

comments

4 thoughts on “Review BOSCH High Pressure Washer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *