Tuala Sulaman Comel Kak Nor

Products Review

20170802_200008-01.jpeg

Ummi Ilhams teruja betul bila Tuala Sulaman Kak Nor dah sampai ke tangan semalam. Kali ni tuala ni khas untuk Ilham Syamil. Nampak gayanya Ummi yang terlebih excited ni. Rasa sayang nak guna pun ada. Aduhaiii parah betul.

Nahhh Ummi belanja muka tuan punya tuala dan tuala barunya.

20170802_195745-01.jpeg

Korang kalau berminat nak belikan anak-anak tuala yang bernama macam ni boleh la jengah blog SULAMAN COMEL KAKNOOR. Korang boleh pilih nak design macamana, nak tulis apa semua boleh. Macam tuala Syamil ni Ummi just request letak gambar kartun, nama dan tarikh lahir. Nanti Ummi nak buatkan untuk Abang Ilham pulak.

Kualiti tuala ni memang bagus, material tebal, lembut dan mudah serap air. Dijamin korang puas hati. Serious tak tipu. Ummi memang cerewet bab-bab tuala ni. Memang rasa menyampah kalau dapat tuala yang licin dan tak serap air tu. Lagi-lagi yang jenis benang berbulu-bulu dan mudah melekat pada kulit. Tapi dengan tuala Sulaman Comel Kak Nor ni gerenti badan anak-anak kering seperti sediakala selepas mandi hehe.

Ohhh ya, nak beritahu ni. Sempena bulan kemerdekaan ni Kak Nor denga kerjasama blogger Sis Hawa menganjurkan “SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST”. Contest ni berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Ogos 2017.

BANNER CONTEST.png

Kalau korang nak tahu, hadiah  yang bakal di berikan adalah Tuala Sulaman Pakej Family untuk 3 ORANG BLOGGER yang bertuah! Wahhhh teruja pula rasanya. Kenapa Ummi teruja? Sebab set Pakej Family ni ada 3 helai tuala 1 helai tuala Mommy, 1 helai tuala Daddy dan 1 helai tuala Si Comel. Syok la kalau dapat hadiah ni kan.

 SYARAT-SYARAT UNTUK MENYERTAI

1- Buat satu entry bertajuk “SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST”
2- Copy banner di atas dan backlink kan semula ke sini.
3- Follow blog Sulaman Comel Kak Noor dan Sis Hawa
4- Like pages Chubby Baby Best
5- Follow IG @sulamancomel [jika ada akaun Instagram]
6- Tinggalkan link entry anda di ruangan komen

Pengumuman pemenang akan di buat pada : 01 SEPT 2017

Nahhhh apa tunggu lagi cepat-cepat join. Kalau korang teringin nak order tuala macam adik Syamil ni, boleh tengok hasil kerja Kak Nor di link social media di bawah ya.

SULAMAN COMEL KAKNOOR

Pages: Chubby Baby Best
Instagram: @sulaman_Comel
Hp: 012-4781909
(whatsapp only.. jangan call tau Kak Nor is superbusy nak layan call)

Related Posts

2 thoughts on “Tuala Sulaman Comel Kak Nor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!