Terjebak Shopping Di Chilindo

Aduhaii.. ini semua gara-gara Geng Jumaat la ni. Saja je introduce Chilindo kat i tau. Kan dah i terjebak sama. Jenuh menatap Chilindo malam tadi, lepas tu sambung subuh sebab nak bid hahaha.

Dannnnn Ummi berjaya membida (skema) 4 barang dibawah..

chilindo DIY smartohone projector

DIY Smartphone Projector 2.0 – RM19.50

Boleh tengok movie dengan anak-anak. Sebenarnya Babah ada buat DIY projector tapi tak jelas sangat.

chilindo kuali

Kuali 12” – RM7.30

Kuali raya hahaha. Harap kualiti ok la jangan pakai sekali je sudah. Tapi nasib harga murah hehehe.

chilindo universal lense clip

Klip Lensa Universal untuk Telefon – RM6

Universal lense saja je bid nak dapat lagi murah sebenarnya, sekali sampai tahap RM6 dah tak ada bidder lain.

chilindo Video Digi Cam

Video Digital Camera – RM91.10

Yang last sekali tu kan tak jangka juga dapat bid dan tak ada bidder lain. Ilham la ni. Dia kata “Ummi beli ni Ummi.. nanti boleh boleh rakam Ilham nak masuk youtube”. Ilham juga kena salahkan. Ni entah zaman bila punya Digital Video Camera la ni agaknya.

Baru perasan kenapakah tajuk barang-barang ni seperti di google translatekan hahaha. Rupanya Ummi tukar ke bahasa melayu. Ok dah siap check out pun. Malas nak bid untuk android mini laptop tu. Sakit hati tunggu lama hahaha. Sekarang Ummi menanti barang-barang ni semua sampai. Korang kalau nak test-test pergi la jengah website CHILINDO. Tapi jangan salahkan makcik kalau termenang bid hehehe.

Share this nice post:

11 Replies to “Terjebak Shopping Di Chilindo”

  1. hari tu member cakap tak betul..eh entahlah
    JanjiKita

    1. kawan akak beli ok jek sampai..

  2. Udah sampai ke barang nye kak? kualiti ok tak?

    1. dah sampai..kualitinya hmmm.. nanti tunggu entri terbaru saya jam 1pm ya..hehehe

  3. […] kerana ramai yang mencari info pasal shopping di Chilindo di blog Ummi dan terjumpa entri Terjebak Shopping Di Chilindo, jadi ni Ummi nak kongsikan apa yang Ummi beli dan berbaloi ke tidak pembelian ni […]

  4. amy search says: Reply

    sy pun memang video cam..rm98..
    basikal mountain bike rm330..
    tgh tunggu brg sampai..berbaloi kah siapa yg pernah dpt?

  5. Wow tak sangka Hernee bid barang semua canggih..
    LZ hanya bid below RM10 sebab masih belum confident, huhuhu

    1. hahaha..aduhaiii ok lagi tu rm10..skrg dah tak bukak dah chillindo..bahaya..

  6. Salam…. Sya ad menang bid, so barang2 tu ad dalam troli, camne kalu sya nak cancel bid sya tu, sbb sya belum lagi buat pengesahn pembelian…. Ad setengah org ckp, brang2 tu akan trbatal sndri selepas seminggu… Betul ke kak?

    1. wassalam, ye betul dik..kalau awak tak nak..awak biarkan je.. nanti dia terbatal..jangan check out tau..

Leave a Reply