Coverage U Mobile Yang Semakin Hambar

U Mobile

Kecil besar.. kecil besar je tengok perangai si U Mobile ni tau. Dulu mula-mula bertukar kepada si oren dari si kuning tu memang la laju gila. Berdezup-dezup kalau buka youtube. Aman bahagia kalau nak update blog dan nak blog walking. Tapi akhir—akhir ni melampau-lampau lembabnya. Rasa nak hijau muka tunggu loading.

coverage UMobile

Kawasan rumah tu 3G katanya. Kalau keluar area Kg. Pok barulah jumpa 4G. Habis takkan nak angkat rumah pindah area Kg. Pok kot. U Mobile tolonglah bagi hakak senyum sikit. Kalau tak hakak dengan encik suami dah plan nak bertukar kepada si biru ni. Sebab nampak gaya si biru memang berdezup-dezup lajunya ni. Menyesal juga akak terminate si biru dulu hahaha.

Ehhh ke rumah kami je yang tak cukup coverage? Orang kiri kanan ok? Hmmmm.. Tolong eh U Mobile.. hakak semangat tau nak blogging. Jangan bagi akak kecewa. Kalau akak kecewa hakak terus shut down computer lalu tidur nanti. Sekian luahan hati hakak. Harap U Mobile simpati.

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

15 thoughts on “Coverage U Mobile Yang Semakin Hambar

  1. Kita lagi sedih. Kalau duduk dalam rumah semua line tak dapat (T____T) Kena keluar baru ada line. Kalau nak online tethering dalam rumah kat laptop, letak HP dekat tingkap.

  2. Eh, ye la kak! sama! Makin hampeh ek. Sakit hati jgk ni pakai. Rasa macam nak tukar tp kredit ada RM100+ dalam tu. Nak tunggu habis ntah bila. 🙁

  3. assalamualaikum hernee…mama kat sini okay jer…4G lg…dengar cite umobile tengah upgradekan die pun servis lg…ada tambahan apa pun mama x tahu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: