Uncategorized

Siapa Pilihan Anda? Kamal atau Ilyas :)

Saya memang dah lama terjebak tengok drama Soffiya ni. Lepas terjebak terus tak boleh skip rasanya. Best la drama ni, suka tengok walaupun kadang2 sentap tengok nasib si Soffi ni. Tabah betul dia ni kan. Dah nak episod2 terakhir ni makin geram tengokkan si Fiona tu. Berjaya juga si Izzara tu bawa watak Fiona sampai rasa meluat tau. Malam tadi lepas je tengok Soffiya kat TV3 terus teringat Ita bagitau semalam pasal voting untuk pilih siapa yang layak untuk Soffiya yang akan menjadi penentu kepada kebahagiaan Soffiya masa episod akhir 8 November 2011 nanti.

Bila dah selamat menidurkan buah hati pengarang jantung sorang tu, saya pun cepat2 online dan skodeng website TV3.. gila kentang tak ada kerja kan Winking smile Lepas tu saya terus cari link untuk vote hahaha.

Sebenarnya gegirl keliru nak pilih Kamal ke Ilyas Confused smile. Dua2 watak pun saya suka hehehe. Tapi saya kena pilih sorang dan saya memilih KAMAL untuk bersama2 Soffiya. Saya ni kipas susah mati Azhar Sulaiman dari kecil lagi. Bila tengok karakter dia agak cool dalam drama ni rasa suka sangat. Suka la dia dengan Soffiya, dia suami yang baik dan penyanyang sebenarnya even dia ada berpenyakit, dia still boleh jaga Soffiya. Ilyas memanglah baik juga tapi memang dah tak ada jodoh antara dia dan Soffiya jadi biarlah Soffiya tu hidup bahagia dengan si Kamal. Saya rasa tak best sebab dulu Ilyas tinggalkan Soffiya macam tu je haaa part tu yang rasa tawar hati dengan Ilyas.. (wahhhhh.. kelassssss ko Hernee mengomen drama orang Rolling on the floor laughing macam ko pulak yang jadi Soffiya hahaha) Selit sikit, saya harap sangat Fiona mati dalam drama ni senang sikit aman sentosa orang2 lain tu. Best betul tadi masa dah terkantoi pasal kerja jahat dia, papa dia lempang muka dia sebiji.. amekawwwww..hehehe..Aeh melalut pasal Fiona pulak.

Oklah, nak vote ni.. semangat hahaha.

 

soffi2

Undian sayalah yang ke 50181 tu ngeee~

 

soffi1

Kamal – Terima Kasih kerana mengundi saya

Uikssss.. Kamal respon kata dia wakaka..

Tak sabarnya nak tunggu ending drama ni, jangan terlepas sudah. Drama baru menanti, Tentang Dhia.. nak follow ke tak ek? Tengok dulu first episode agak2 macam best haruslah di follow. Konfem balik kerja tumbuk rencah depan tv Winking smile Sesiapa yang nak vote boleh klik link ni >>SOFFIYA – UNDI PILIHAN ANDA SEKARANG.. KAMAL ATAU ILYAS<<< Latest result as at 11.30pm KAMAL (53812) – ILYAS (53436) Go Kamal go..

Sesiapa yang tak pernah follow.. nahhhh.. baca sinopsisnya Smile..

SINOPSIS SOFFIYA

Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung. Nasib buruk terus mengikuti dirinya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahannya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah dia mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?

 

 

Share this nice post:
Tagged , , , ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

10 thoughts on “Siapa Pilihan Anda? Kamal atau Ilyas :)

  1. Waaahhh… sama lah kiter kakak seri.. memula tgk citer tue.. rs cam ‘rubbish’ sbb bpk rogol anak.. lama tak tgk tertgk blek masa dia msuk pemulihan tue.. pas tue x tgk lg.. tgk lg sekali bila dia kene tackle ngan kamal.. until smlm.. bkn kite je.. Mia pun follow gak.. dia ckp ‘FIONA TU JAHAT MACAM MUSANG’.. kahkahkah… nak vote jugak lah.. hehehe

  2. hajar vote ilyas… hehe… sbb tgk kamal asyik terpengaruh cakap si fiona tu jd sakit ati plk… tp kamal pun tgk mmg sygkan soffi… ilyas plk kawin ngan fiona sbb kamal pakse… huuuu… ape la agaknyer endingnyer nanti… adehhhh…

  3. Saya tak kenal awak. Tapi saya peminat Soffiya jugak. Tolong tolong vote for Kamal sekarang, dia dah ketinggalan tu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *