Eagle Brand Naturoil Eucalyptus Spray Ajen Nyahkuman Paling Efektif

Products Review

EAGLE BRAND NATUROIL EUCALYPTUS SPRAY AJEN NYAHKUMAN PALING EFEKTIF | Seperti yang kita semua ketahui, dunia digemparkan dengan wabak Coronavirus atau COVID-19. Nampaknya COVID-19 lebih ganas dari virus atau influenza yang lain. Apa tidaknya seluruh dunia terkesan dengan kewujudannya. COVID-19 berada dalam keluarga coronavirus yang sama seperti SARS dan MERS. Virus ini berasal dari Wuhan dan telah merebak ke seluruh dunia. Antara petanda jangkitan COVID-19 adalah demam, batuk dan sesak nafas. Ianya terjadi dengan penyebaran manusia sesama manusia, rembesan batuk dari orang yang dijangkiti dan menyentuh alatan pesakit dan kemudian menyentuh mulut, hidung dan mata secara langsung. Seram??? Memanglah seram. Lagi-lagi macam Ummi ni yang ada anak-anak yang masih kecil. Risiko tinggi tau.

Jadi kalau dah seram, takut jangkitan ni takkan lah Ummi nak duduk diam je tanpa ambil apa-apa langkah berjaga-jaga kan. Mestilah Ummi usahakan sesuatu untuk menjengah dari dijangkiti wabak COVID-19 ni. Kita usaha, doa dan selebihnya kita bertawakkal kepada Allah. Mudah-mudah kita semua dilindungi dari wabak durjana ni.

Apa usaha Ummi tu? Semestinya penjagaan kebersihan diri, rumah dan kawasan sekeliling. Almaklumlah anak-anak Ummi ni sejenis sensitif. Kenalah take extra precaution kan. Ummi gunakan Eagle Brand Naturoil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray untuk menyahkuman di sekitar kawasan rumah termasuklah bilik tidur, bilik mandi, ruang tamu, dalam kereta dan sebagainya. Dalam keadaan pandemik COVID-19 ni kita kena lebih prihatin dengan keadaan sekeliling. Walaupun hanya duduk di rumah, langkah berjaga-jaga itu sangat perlu ok.

Eagle Brand Naturoil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray berfungsi membunuh kuman, menyegarkan dan menghilangkan bau dalam kawasan persekitaran. Ianya adalah semburan pelbagai guna yang mengandungi Eucalyptus Oil. Minyak Eucalyptus beasal dari daun dan ranting Pokok Eucalyptus Globulus melalui penyulingan wap. Produk ni sebenarnya produk 2 dalam 1, bertindak sebagai pembasmi kuman semula jadi serta penghilang bau dan sebagai penyegar udara dengan aroma pudina yang menyegarkan. Serius best gila baunya.

Eagle Brand Naturoil Eucalyptus Spray Ajen Nyahkuman Paling Efektif

Eagle Brand Naturoil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray telah diuji dan dibuktikan oleh PSB-TUV (Singapore) dan ChemLab (Malaysia) mampu menghapuskan 99.9% kuman dan bakteria dalam beberapa saat. Memang sesuai sangat digunakan untuk di kawasan permukaan dan fabrik. Boleh dijadikan rutin harian untuk menyahkuman di sekitar bilik tidur, bilik mandi, ruang tamu, dapur, tandas, mainan anak-anak, telefon, dalam kereta mahupun pakaian yang belum lagi dibasuh.

Korang boleh dapatkan Eagle Brand Naturoil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray ni di farmasi dan pasaraya berdekatan. Harga sangat mampu milik ok. Sebotol berharga RM23 untuk 280ml (Harga runcit yang disyorkan). Murah dan berbaloi-baloi. Kalau korang malas nak ke pasaraya atau farmasi, boleh jek klik-klik beli online sambil tunggu encik posmen hantar depan rumah. Korang boleh shopping online di Watson Online atau Jaya Grocer e-Commerce Store. Link Ummi share kat bawah tu ya.

Watsons Online:
https://bit.ly/watsonsonline

Jaya Grocer e-Commerce:
https://bit.ly/JGNaturoil

Jangan lupa dapatkan sebotol untuk rumah korang tau. Memang sangat-sangat berguna dalam keadaan sekarang ni. Kita tak nampak kuman dan bakteria di sekeliling kita jadi ini salah satu ikhtiar kita untuk membasmi kuman dan bakteria agar kawasan di sekeliling kita bersih dan selamat. Gunakanlah Eagle Brand Naturoil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray yang dijamin murah, selamat dan berkesan untuk menyahkuman. Stay safe uolls!

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Eagle Brand Naturoil Eucalyptus Spray Ajen Nyahkuman Paling Efektif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!