Aromaterapi Terbaik Dari Young Living Essential Oil | Assalamualaikum. Kalau korang perasan dah banyak kali Ummi kongsikan mengenai Young Living Essential Oil ni di facebook dan instagram. Tapi semua yang Ummi kongsikan tu adalah minyak-minyak aromaterapi kegemaran Ummi je. Sejak dari tahun 2016 Ummi mencuba Young Living Essential Oil ni tau.
Niat dan hasrat nak menceburkan diri menjadi “Mak Minyak” ni semua semata-mata kerana anak-anak. Dari sebotol ke dua botol dan akhirnya berbotol-botol. Ecehhhh macam banyak sangat botolnya. Mula asalnya Ummi hanya mencuba Cedarwood kerana hasil dari pembacaan Ummi Cedarwood boleh membantu untuk anak yang ada masalah tidur. Almaklumlah masa tu Abang Ilham ni susah nak tidur malam, oleh kerana dah nak mula bersekolah pada tahun 2016, maka Ummi gigih cari ikhtiar. Alhamdulillah memang serasi sangat Cedarwood tu dengan dia. Sebelum tidur memang Ummi sapu di belakang telinga dan tapak kaki The Ilhams. Bangun pagi pun mudah, tak ada drama air mata. Dari situ bermulalah episod Ummi menambah koleksi. R.C tu Ummi beli khas untuk Syamil yang ada masalah pernafasan. Banyak fungsi-fungsi lain R.C tu nanti Ummi senaraikan di bawah ya.
KHASIAT YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL:
- LAVENDER
Bahan-bahan: Lavandula angustifolia
Cara Penggunaan: Diffuse atau sapuan
Khasiat: membantu mengurangkan stress, antiseptik, antifungal, anti-inflammatory, menenangkan pengidap insomnia, menenangkan nervous tension dan PMS (premenstrual sindrome). - CEDARWOOD
Bahan-bahan: Cedarwood essential oil (Cedrus atlantica)
Cara Penggunaan: Diffuse atau sapuan
Khasiat: membantu kesihatan badan secara keseluruhan, meningkatkan fokus dan tumpuan, menggalakkan penumbuhan rambut, mengurangkan iritasi pada kulit, membantu dalam masalah sakit gigi dan lain-lain lagi - OREGANO
Bahan-bahan:Origanum vulgare
Cara Penggunaan: Diffuse atau sapuan
Khasiat: anti bakteria, anti virus, melegakan pernafasan. - R.C
Bahan-bahan: Eucalyptus Globulus, Eucalyptus Radiata, Eucalyptus Citriodora, Myrtle, Black Spruce, Peppermint, Pine, Lavender, Marjoram, Cypress.
Cara Penggunaan: Diffuse atau sapuan
Khasiat: melegakan selsema, batuk, bronchitis, sore throat, sinus, batuk dan masalah berkaitan dengan peparu dan alergik. - JOY
Bahan-bahan: Enam botol 5-ml: frankincense, lavender, lemon, peppermint, PanAway, Peace & Calming, Purificaiton, Thieves, Valor, Joy
Cara Penggunaan: Diffuse atau sapuan
Khasiat: mengurangkan sakit kepala, mengundang rasa cinta, kebahagiaan, dan kemesraan, menstabilkan emosi. - STRESS AWAY
Bahan-bahan: Copaifera reticulata† (Copaiba), Citrus aurantifolia† (Lime), Cedrus atlantica† (Cedarwood), Vanilla planifolia† (Vanilla), Ocotea quixos† (Ocotea), Lavandula angustifolia† (Lavende) 100% pure, therapeutic-grade essential oil
Cara Penggunaan: Diffuse atau sapuan
Khasiat: membantu menangani stress, membantu mendapatkan inspirasi, mengembalikan tenaga dan kesegaran tubuh.
Ini Desert Mist Diffuser kami.. cantik tak? Diffuser yang terbaru dan lebih unik.
Desert Mist Diffuser ada banyak pilihan warna lampu. Korang boleh tekan button untuk tukar warna pilihan. Inilah rutin Ummi setiap malam sebelum tidur, siap-siap standby pasang diffuser dan titikkan R.C. Kalau Ummi lupa ada je la “alarm” (suara halus) tolong ingatkan hehe.
Semua koleksi minyak Ummi tu Ummi beli dengan Kak Arifah, geng mak-mak Genius Baby On Board (GBOB) zaman Abang Ilham kecil lagi dan sekarang dah jadi geng Kelab Susu Ibu Johor. Memang trusted seller. Order hari ni berdezup dia hantar barang depan pintu rumah hehe.
Kalau korang berminat boleh tengok pakej-pakej yang ada seperti di bawah ya.
Baca juga: Feather The Owl Diffuser Dengan Fungsi Bunyi dan Warna Mengikut Mood
NAK ORDER?
Hubungi Puan Arifakamilah
http://www.wasap.my/+60127262823Like Page:
https://www.facebook.com/yleojb/
Waaa belanjer laa i, besday dah dekat ni muahahahahaa
hahammmboiiii awok kemain..
insyallah soon nak beli ni nak cuba.. hehe =D
hehehehe cubalah siti best hehe
kumpul duit nak beli untuk stress away tu..baru nak mencuba jadi mak minyak ni..
welcome to the club
bestnya tidur dengan wangian macam ni ye. kumpul duit la nampaknya kalau berhajat nak beli. tapi kalau belanja sis lin, kita pun nak jugekkk
amboi kemain memasing.. mahal uii tak mampu nak belanja hahaha
bagus kah buat badan? kalau bagus bsok2 nak cuba