LEGOLAND® Malaysia Resort Bersinar Meriah dengan Warna-Warni Raya! | Macam biasa aktiviti setiap tahun, The Ilham akan menyempatkan diri beraya di Legoland hehehe. Sebab apa? Sebab kami tak nak lepaskan peluang beraktiviti di Legoland hehehe.

Sambutan Raya yang cukup meriah di LEGOLAND® Malaysia Resort bermula dari 15 Mac hingga 27 April 2025, jom bawa keluarga ke destinasi kegemaran ramai untuk rasai kemeriahan “Warna-Warni Raya” – gabungan tradisi penuh nostalgia dengan elemen ceria LEGO®.
Aktiviti Menarik Warna-Warni Raya di LEGOLAND
Pelbagai aktiviti menarik yang korang, especially anak-anak boleh sertai sepanjang Hari Raya ni tau. Korang boleh sertai Raya LEGO Hunt dan lengkapkan 4 aktiviti yang menyeronokkan untuk mendapatkan Token Khas Raya sebagai kenang-kenangan. Dapatkan cop selepas selesai semua aktiviti di bawah:
Bina LEGO Lantern


Bina lantern menggunakan lego bricks mengikut kreativiti sendiri. Gigihkan Syahid buat lantern tu. Kalau tak harapkan Abang Ilham je hehehe. Kali ni dia menggigihkan diri.
Bina LEGO Wayang Kulit


Bina wayang kulit berdasarkan seni tradisional Melayu. Part yang ni Ummi pulak yang gigih membantu sampai sakit pinggang dibuatnya hahaha. Jadilah wayang kulit kami tu kan. Syahid pun posing buat gaya wayang kulit.
Bina LEGO Wau Bulan dan LEGO Ketupat


Bina wau bulan dan ketupat menggunakan lego bricks yang disediakan. Gambar atas ni kami sedang gigih membuat ketupat yang tak boleh dimakan hehehe.

Yang ni kami gigih membina wau bulan hehehe.

Lepas siap semua challenge bolehlah ke kaunter untuk dapatkan chop dan redeem ole-ole raya dari Legoland. Yeay!
360 Photo Studio

Abadikan memori dengan bergambar di 360 Photo Studio untuk melengkapkan aktiviti. Haaa anak-anak boleh pakai baju raya dan posing di 360 Photo Studio.
LEGOLAND® Malaysia Resort Bersinar Meriah dengan Warna-Warni Raya!
Aktiviti-aktiviti Lain Warna-Warni Raya di LEGOLAND
Aktiviti lain yang korang boleh buat seperti:
- Chapteh Challenge
- Batik Painting
- Lucky Draw
- Minifigure Trading
Tawaran Hebat Raya dengan Penjimatan Besar
Adakah anda sedang merancang perjalanan seterusnya ke LEGOLAND Malaysia Resort? Jangan lepaskan peluang menikmati penjimatan hebat melalui tawaran masa terhad ini!
- Diskaun 50% untuk tiket 1 hari setiap Selasa dan Rabu, eksklusif untuk rakyat Malaysia dan pemastautin jangka panjang.
- Naik Taraf Bilik Percuma & Tiket Taman Tema Kanak-kanak Percuma apabila anda menempah penginapan di Hotel LEGOLAND.
- Diskaun 20% untuk sebarang pembelian Tiket Harian, termasuk tiket Taman Tema, Double-Park atau Triple-Park.
- Diskaun 20% untuk semua pembaharuan Pas Tahunan.
- Faedah Pemegang Pas Tahunan Eksklusif:
- Diskaun 30% untuk Penginapan Hotel LEGOLAND (tersedia melalui laman web atau pasukan tempahan LEGOLAND)
- Diskaun 50% untuk Tiket Hari Bawa Rakan (tersedia di kaunter tiket pada hari lawatan)
- Diskaun 50% untuk tiket 1 hari untuk warga Johor (tersedia di kaunter tiket pada hari lawatan)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati halaman utama LEGOLAND Malaysia atau lawati For more information, visit the LEGOLAND Malaysia homepage or visit our Facebook dan Instagram kami untuk mendapatkan butiran dan tiket.
Baca juga: LEGOLAND® Malaysia Resort Shines Bright with the Colours of Raya!
@herneenazir 🩷🩵 LEGOLAND® Malaysia Resort Colours of Raya 💛💚 @legolandmalaysiaofficial 15 March – 27 April 2025 Antara aktiviti menarik: Sertai Raya LEGO Hunt dan lengkapkan 4 aktiviti yang menyeronokkan untuk mendapatkan Token Khas Raya sebagai kenang-kenangan. Dapatkan cop selepas selesai semua aktiviti di bawah: • Build a LEGO Lantern – Bina lantern menggunakan lego bricks mengikut kreativiti sendiri • Build a LEGO Wayang Kulit – Bina wayang kulit berdasarkan seni tradisional Melayu • Build a LEGO Wau Bulan or LEGO Ketupat – abina wau bulan dan ketupat menggunakan lego bricks yang disediakan • 360 Photo Studio: Abadikan memori dengan bergambar di 360 Photo Studio untuk melengkapkan aktiviti. #coloursofraya #legolandmalaysia #legolandmalaysiaresort #legolandthemepark #raya2025 #hariraya #legoland #fyp ♬ bunyi asal And Franz – uNiCoRn