Weekend di LEGOLAND® Malaysia Resort’s Brick-tacular Holidays! | Cerita Sabtu lepas, walaupun cuaca tak memberangsangkan, Ummi tetap kotakan janji dengan anak-anak untuk ke LEGOLAND® Theme Park sempena Brick-tacular Holidays yang bermula 15 November 2024 hingga 5 Januari 2025. Macam biasa diorang siap ajak Aqil dan Ariq sekali memeriahkan sesi meronda Legoland Theme Park.
Aktiviti di Brick-tacular Holidays!
Untuk pengetahuan korang, banyak aktiviti menarik sepanjang musim Brick-tacular Holidays ni tau. Antaranya ialah:
Live Show
Seperti biasa Live Show di The Beginning Stage (Setiap hari), The Castke & LEGO City:
- Season of Giving Kick-off
- Ollie’s Holiday Groove
- Elves vs Toy Soldier
- Farewell Finale
- Wizard’s Festive Tunes
- Brick-tacular Parade
- Brick-tacular Illusion Show
Build To Give Workshop
- Sertai bengkel Build to Give dan cipta hati LEGO® anda sendiri! Untuk setiap hati yang dibina dan dikongsi di media sosial dengan tanda pagar #BuildtoGive, LEGO akan menyumbangkan set permainan kepada kanak-kanak yang memerlukan, menyebarkan kegembiraan bermain kepada mereka yang memerlukan.
Brick Bakes
- Bina kek cawan perayaan LEGO anda sendiri dan hiaslah mengikut kreativiti anda!
Ornaments Makers
- Reka hiasan LEGO terbaik anda untuk digantung pada pokok Krismas LEGO kami!
Candy Cane Dash
- Uji kebolehan anda sebagai pembina LEGO – berlumba dengan masa untuk membina LEGO candy cane!
Minifigure Cabin
Terdapat lebih dari 1,000 limited-edition minifigures. Memang rambang mata la budak Si Syahid tengok hehehe.
Weekend di LEGOLAND® Malaysia Resort’s Brick-tacular Holidays!
Snowman Search
Credit pic: https://www.byfarahh.com
Cari 8 LEGO snowman tersembunyi di Miniland untuk mendedahkan nama rahsia mereka. Sila ambil kad aktiviti di Gift Hub. Diorang gigih mencari hidden snowman dan redeem hadiah.
Advent Calendar Draw
- Shop till you drop! Dengan perbelanjaan minimum RM150 dalam satu resit, anda berpeluang memenangi hadiah bernilai keseluruhan RM50,000!
Makan di Market Restaurant, LEGO City
Hujan-hujan perut lapar, jadi apa tunggu lagi jomlah lepak di Market Restaurant isi perut. Pastinya menu pilihan kami tak lain tak bukan Nasi Ayam yang sedap.
Till Next Visit..
Sebelum meninggalkan Legoland Theme Park kita posing berenam. Ramai tegur ingat semua lima hero ni anak Ummi hehehe. Tiga hero anak Ummi, dua lagi anak buah merangkap BFF The Ilhams hehehe.
Sempat juga wefie dengan Auntie Huda yang meronda Legoland sesorang hehehe.
Waktu Operasi LEGOLAND® Malaysia Park
Park / Attraction | Park Hours |
Theme Park | 10.00 am – 6:00 pm |
SEA LIFE Malaysia | 10.00 am – 6.00 pm |
*Last entry one hour before closing time.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Nostalgia Raya di LEGOLAND Malaysia Resort, layari laman web rasmi di https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/aidifitri-legoland/ atau halaman media sosial LEGOLAND Malaysia di Facebook dan Instagram.
Baca juga: LEGOLAND® Malaysia Resort Welcomes Malaysia’s First Master Model Builder