Majlis Perasmian Majestic Johor Festival 2024 | Alhamdulillah kami lima beranak dapat sama-sama memeriahkan majlis di hari pertama. Hari ni last day, kalau korang terbaca entri ni dah masih belum ke sana, pergilah rasai suasana yang meriah. Malam ni ada Perarakan Kemerdekaan, Konsert Artis dan Pertunjukan Bunga Api.
Majlis Perasmian Majestic Johor Festival 2024 YAB Dato’ Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi, Menteri Besar Johor

Majlis berlangsung pada 28 Ogos 2024 oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi, Menteri Besar Johor.
Gerai Jualan Makanan & Pameran di Majestic Johor Festival 2024


Antara booth penaja utama Majestic Johor Festival 2024, Anytime Fitness dan juga Dechatlon. Banyak promosi kat sini tau.



Macam-macam makanan ada ok. Ada Seven Oaks Bakery Cafe, Coolblog, Nasi Lemak Manmila Sotong Selambak, Bakso Selera Nusantara, Baby Pancake by Mie.Nom, Mie. Nom Drinks, Vietnamese Roll dari Dapur Solek, Cheese Tart Buncit, Barbalang dan banyak lagi.

Untuk “PEMBERANI” korang boleh cabar diri masuk ke “Rumah Mayat” anjuran Lalaland. Harga tiket dewasa RM17, harga tiket kanak-kanak dan warga emas RM12. Kami tak berani nak masuk takut mengigau hehehe.
Ruang Makan Disediakan


Lepas korang membeli-belah makanan, bolehlah ajak family makan kat sini santai-santai dengar performance band jemputan.
Penaja Korporat Majestic Johor Festival 2024
Penaja korporat Majestic Johor Festival 2024:
• New Chen Motor Credit Sdn Bhd
• Hard Rock Cafe Puteri Harbour
• F&N Beverages Marketing Sdn Bhd
• Kluang Rail Coffee
• Coolblog Dessert Sdn Bhd
• Austin Heights Sdn Bhd
• Anytime Fitness Johor
• Fipper Marketing Sdn Bhd
• Fraser Place Puteri Harbour
• The Founders
• Decathlon Malaysia Sdn Bhd
• Snek Ku Sdn Bhd
• Common Sense
• Inside Scoop Sdn Bhd
• LC Merchandising Sdn Bhd
Perarakan Merdekaan
Perarakan Kemerdekaan pada malam ini akan disertai oleh 26 kumpulan. Antara yang bakal menyertai JOH Johor (Maskot), Pancaragam daripada sekolah sekolah Negeri Johor , Beg Pipe dan 5 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja), Persembahan Barongan oleh Persatuan Parit Bugis Jawa, Persatuan Kenderaan Bermotor (Beca, Bas Persiaran Hummer), Kompang, Gendang Cina, dan India, Gendang Bangsa Johor, Tarian Singa dan Naga oleh Persatuan Kebudayaan Long Tian, Kumpulan The Lipatist Johor Bahru, Persembahan oleh Yayasan Warisan Johor, Pancaragam oleh KD Sultan Ismail, Kumpulan Kompang Paklong KDSM dan Persatuan Basikal Klasik Selat Tebrau.
Baca juga: Majestic Johor Festival 2024
Nak tengok update terkini boleh ke social media Tourism Johor & Visit Johor.