Itinerary Percutian 2 Hari 1 Malam ke Kuantan Pahang

Itinerary Percutian 2 Hari 1 Malam ke Kuantan Pahang

Itinerary Percutian 2 Hari 1 Malam ke Kuantan Pahang | Alhamdulillah sebelum tamat cuti sekolah dan sebelum bertemu Ramadan Ummi dan Babah sempat bawa anak-anak bercuti. Kali ni kami ke Pantai Timur. Hajat hati nak lama-lama tapi apakan daya, ada sesi pembelian buku untuk Abang Ilham yang baru saja menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Jadi cuti kami terpaksa dipendekkan sehari.

Itinerary Percutian 2 Hari 1 Malam ke Kuantan Pahang

Kami meronda dua buah negeri iaitu Pahang dan Terengganu. Dalam entri ni Ummi kongsikan aktiviti kami dalam waktu yang singkat (2 hari 1 malam) di Kuantan, Pahang.

Itinerary Percutian 2 Hari 1 Malam ke Kuantan Pahang

Day 1 – 3 Mac 2024

Bertolak dari Gelang Patah ke Yong Peng

Kami bertolak dari rumah ke Yong Peng untuk sesi brunch. Sebab nak menjimatkan masa, kami plan untuk breakfast & lunch terus.

Brunch di Restoran Kari Kambing 40 Hari

Lokasi brunch macam biasa kalau nak pergi bercuti, tak lain tak bukan singgah makan Nasi Arab di Restoran Kari Kambing 40 Hari. Macam biasa kami ambil set dulang. Set  1 Dulang, ada Nasi Arab + Kari Kambing & Ayam beserta FREE 1 jug air sirap.

RESTORAN KARI KAMBING 40 HARI

Waktu Perniagaan:
7.30 pagi – 3.30 petang

Alamat:
215 Kg Hj Ghafar , Bt 5 1/2, Jln Yong Peng, Batu Pahat , Johor

No. Telefon: 019-627 2243

tepi highway PLUS area Ayer Hitam – Yong Peng
(exit tol Ayer Hitam atau Yong Peng Selatan)

Bertolak dari Yong Peng ke Kuantan

Lepas brunch kami terus bertolak ke Kuantan melalui Segamat. Eh kalau korang nak tahu, ini pertama kali Ummi sampai ke Segamat tau hehehe. Kesian ek dah nak masuk 43 tahun baru nak sampai ke Segamat itu pun lalu je dan singgah tandas di petrol station hehe. Orang Segamat suggestkan singgah makan kat Port Baung Segamat, tapi kami dah kekenyangan. Maybe next time boleh JJCM Segamat.

Singgah ke Rumah Pok Su, Felda Bukit Sagu, Kuantan

Alhamdulillah, masuk tahun ke 16 perkahwinan baru pertama kali menjejakkan kaki ke rumah Pok Su.. pakcik Babah yang bongsu adik kepada Atok Tipah. Memang kami plan nak singgah ke Felda Bukit Sagu sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Terima kasih Mok Su danIla masak nasi ayam sedap. Terima kasih Pok Su atas layanannya. Insha Allah panjang umur kami ke sana lagi. Lepas makan, duduk berborak sekejap then kami terus ke hotel untuk check-in. Badan dah penat nak rehat sekejap lepas maghrib dah plan nak JJCM Kuantan hehe.

Check-in SkytTree Hotel


Check-in di SkytTree Hotel hasil dari pencarian Ummi di Agoda. Baca review tengok ok, harga pula pada Ummi sangat berpatutan. Bila dah sampai tengok keadaan dalam bilik memang puas hati. Rasa memang tak rugilah kami check-in kat sini, lokasi pun strategik dekat tengah bandar. Details gambar dalam bilik nanti Ummi kongsikan di posting yang lain ya.

SKYTREE HOTEL

Alamat: B50, Jalan Dato Lim Hoe Lek, Kampung Mutan Setali, 25200 Kuantan, Pahang

Dinner di Jaman Tory Resepi

Lepas maghrib kami keluar mencari makan. Sebelum tu Ummi dah siap-siap plan mana port dinner untuk kami anak beranak dan pilihan kami tak lain tak bukan di Jaman Tory Resepi. Duk tengok orang viralkan, nak juga merasa betul ke sedap hehe. Sebelum tu tanya juga kekawan yang pernah makan, apa menu yang sedap. Alhamdulillah, apa yang kami order semua sedap-sedap belaka. Ikan Patin Tempoyak & Ikan Patin Bakar Tempoyak memang wajib cuba. Sedap gila! Insha Allah will come again, for sure!

JAMAN TORY RESEPI

Alamat: Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Telefon: 019-998 8212

Waktu Perniagaan:

Isnin, Rabu & Khamis – 12:00 tengah hari – 11:00 malam
Selasa – Tutup
Jumaat, Sabtu & Ahad – 11:00 pagi – 11:00 mal

Jalan-jalan ke Menara Kuantan 188

Perut dah kenyang, kita jalan-jalan ronda-ronda tepi Sungai Kuantan dan seterusnya menuju ke Menara Kuantan 118. Bila tengok nombor 118 ni teringat arwah Tok Ayah. Dia suka benor nombor 118 ni hehehe. By tje time kami sampai, kaunter menara ni masih buka lagi. Masih boleh naik untuk explore. So Ummi pun belilah tiket di kaunter.

Observation Deck (Pakej Keluarga) RM73
– untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak
tambahan 1 tiket kanak-kanak RM18
Total – RM91

MENARA KUANTAN 118

Alamat: Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-513 5821

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam

Ronda-ronda di Kuantan Street Art Market

Next, kami meron-ronda ke Kuantan Street Art Market. Cantik lukisan-lukisan mural di sepanjang bangunan ni tau. Sempatlah kami membelek-belek barang-barang jualan yang ada sambil makan aiskrim. Oleh kerana dah kekenyangan, mampu tengok je la makanan yang ada dijual. Ada juga cafe-cafe kecil yang beroperasi di kawasan ni. Dah penat meronda baru kami balik semula ke hotel.

KUANTAN STREET ART MARKET

Alamat: Jalan Teruntum, 25000 Kuantan, Pahang

Masa: Buka 24 jam

Day 2

Breakfast di Warung Adik Uncle Jln Tanjung Api

Pagi kami check out hotel dan terus mencari port breakfast. Cari port lain jumpa port lain hahaha. tak pasti mata Ummi dikaburkan ke apa tak jumpa kedai yang nak pergi tu hahaha. Akhirnya kami singgah je di Warung Adik Uncle. Ok not bad, walaupun makanan tak banyak pilihan. Ummi, Syamil & Babah makan Nasi Lemak Ayam, Abang Ilham makan Nasi Minyak lauk Ayam Masak Merah dan Syahid makan kuih apa entah hehehe.

WARUNG ADIK UNCLE

Alamat: A341, Jalan Tanjung Api, Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang

Telefon: 019-890 8804

Waktu Perniagaan: 9 pagi – 4 petang

Ambil Angin di Pantai Teluk Cempedak

Lepas sarapan kami singgah kejap di Pantai Teluk Cempedak. Seingat Ummi ini kali kedua kami ke sini. Kali pertama ke Teluk Cempedak masa tahun 2013 aktiviti bercuti ke Pahang dengan kawan-kawan sekerja Babah. Sempatlah menghirup udara tepi pantai sambil anak-anak main layang-layang. Tak boleh nak lama-lama sangat sebabnya kami nak mulakan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Bertolak dari Teluk Cempedak ke Kuala Terengganu

Next kami meneeruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Itinerary selama 3 hari 2 malam di Kuala Terengganu Ummi akakn kongsikan dalam next entry ya. Stay tuned!

Boleh refere video TikTok untuk setiap lokasi yang kami pergi:

Menara Kuantan 1118
Jaman Tory Resepi
Kuantan Street Art Market

Wordless Wednesday – Pantai Batu Burok Kuala Terengganu

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

1 Comment

  1. Simpan ni untuk masa akan dtg. Hahaa nak jugak jalan ke sana cuci mata ubah angin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *