Jalan-jalan di Karnival Jom Heboh Puteri Harbour (9 – 10 Disember 2022)

Event
Jalan-jalan di Karnival Jom Heboh Puteri Harbour (9 - 10 Disember 2022)

Jalan-jalan di Karnival Jom Heboh Puteri Harbour (9 – 10 Disember 2022) | Lunch hour sempat la kami ronda-ronda di Karnival Jom Heboh yang diadakan di Puteri Harbour. Saja JJCM sambil tengok apa yang best ada kat sini. Lama juga tak layan Jom Heboh hehehe. Setakat yang kami pergi tadi jalan tak lah jem teruk, cuma parking memang dah penuh la. Nak parking jauh kena gigih la jalan kaki.

Jalan-jalan di Karnival Jom Heboh Puteri Harbour (9 - 10 Disember 2022)

Kami parking di basement Marina Walk, tetiba seram teringat event The Basement Lala Land tu hehehe. Banyak lagi kosong area basement tu, kalau korang yang datang nak cari parking gi la cuba nasib kat situ.

Ni main stage, studi A dan studio B. Ada pelbagai aktiviti yang korang boleh join. Kami tak cukup masa nak join hehehe. Kalau pelakon Rindu Kasih ada datang boleh juga la Ummi Ilham jumpa the best actress Ummi Nazeera hehehe.

BOOTH PAMERAN & JUALAN KARNIVAL JOM HEBOH PUTERI HARBOUR

Ada booth-booth jualan dan pameran yang korang boleh terjah tau. Ada juga promosi jualan dari Pak Mat Western, tapi Ummi tak beli pun hehehe.

GERAI JUALAN MAKANAN KARNIVAL JOM HEBOH

Beraneka gerai jualan makanan. Standby je lah duit korang ui. Macam biasalah harga makanan sekarang, pepaham je la ya. Kalau Ummi bawa hero-hero ni RM100 konfem tak cukup.

Nak makan disediakan khemah-khemah siap meja dan kerusi untuk korang menjamu selera. Kami berempat je tadi, Mak Leen cuti hehehe. Jom tengok apa kami makan.

Jalan-jalan di Karnival Jom Heboh Puteri Harbour (9 – 10 Disember 2022)

Makanan yang Ummi beli, Bakso Beranak KL, Sushika Smoked Octopus, Pogedil Daging dan air detox katanya. Lain-lain makanan, share dengan Mak In buah-buahan tu dari Liur Leleh dan Durian Crepe Leleh tu dari TapawTeam. So far semua sedap.

Portable toilet disediakan ya. SIla guna sebaik mungkin. Maaf bang, time saya nak snap gambar tadi abang posing depan toilet. Malu pulak saya nak suruh ke tepi hahaha.

Selain dari kawasan ni korang boleh juga ronda-ronda area Marina Walk, ada Harbour Market jualan makanan dan pakaian.

Jalan-jalan di Karnival Jom Heboh Puteri Harbour (9 - 10 Disember 2022)

Korang juga boleh timba pengalaman naik Belon Udara Panas dengan hanya RM1! Buat bayaran melalui DuitNow QR dengan mana-mana aplikasi perbankan mudah alih atau e-dompet. Sila ke Zon DuitNow, banyak aktiviti menarik dan tempat untuk bergambar menanti anda semua!

Jom tengok gambar-gambar lain:

KARNIVAL JOM HEBOH

Tarikh: 9 Disember – 10 Disember 2022 (Jumaat – Sabtu)
Lokasi : Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor
Masa: 8:00 Pagi

FB Page: https://www.facebook.com/jomhebohofficial
IG: https://www.instagram.com/jomhebohofficial/
Website: www.jomheboh.com.my

Baca juga:

Karnival Jom Heboh Kini Kembali di Puteri Harbour Johor (9 – 10 Disember 2022)

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!