Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Negeri Johor Sesi 2023/2024

Education

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Negeri Johor Sesi 2023/2024 | Untuk rujukan ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak tingkatan satu ke sekolah menengah agama negeri Johor.

http://daftar-smanj.net/t1/2023/

Semua murid Tahun 6 sesi 2022/23 adalah dipelawa bagi menyambung pengajian di

  • Maahad Johor (MJ), Johor Bahru Johor
    • Tel: 072232710 /32
    • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama dan Perakaunan KPM_
    • Menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun_
    • Turut menawarkan pengajian di peringkat STAM_
    • Khas untuk murid lelaki sahaja_
  • Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ), Johor Bahru Johor
    • ☎ 072232710 / 32
    • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz KPM_ (Hafazan Al Quran sepenuhnya 30 juz dalam tempoh 5 tahun)
    • Khas untuk murid lelaki sahaja_
  • Maahad Johor Lil Banat (MJLB)
    • 072232710 / 32*
    • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini Agama_
    • Turut menawarkan hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun_
    • Merupakan cawangan Maahad Johor khas untuk murid perempuan sahaja_
  • SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
    • 077715482
    • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM_
    • Turut menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun_
  • Maahad Pontian (MP)
    • ☎076874470*
    • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM_
    • Turut menawarkan pengajian peringkat STAM_
  • SMA Parit Raja Batu Pahat (SMAPR)
    • 074545710*
    • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama Perdagangan dan Perakaunan KPM_
    • Turut menawarkan pengajian peringkat STAM_
  • SMA Bugisiah Tampok Pontian (SMABG)
    • 074241901
    • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama KPM_
    • Menawarkan hafazan Al Quran 13 juz dalam tempoh 5 tahun bagi murid terpilih_
    • Turut menawarkan pengajian peringkat STAM_

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Negeri Johor Sesi 2023/2024

  • Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada Khamis 01 Disember 2022 (12.00 tengahari) dan akan ditutup pada Isnin 26 Disember 2022 (05.00 petang)
  • SYARAT ASAS PERMOHONAN
    • 1. Warganegara Malaysia. Bangsa Johor diberikan keutamaan.
    • 2. Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
    • 3. Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://daftar-smanj.net/t1/2023/

Hanya calon yang disenarai pendek berdasarkan Kiraan Merit Tertinggi akan dipanggil untuk menghadiri UJIAN KELAYAKAN yang dijadualkan akan dijalankan pada 2-5 Januari 2023 (Isnin-Khamis) di tempat yang akan ditetapkan. Sila ambil perhatian kepada tarikh-tarikh penting sepanjang tempoh permohonan.

MAKLUMAT BERKAITAN UJIAN KELAYAKAN

Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;

1. Ujian Bertulis

  • dijalankan selama 1 jam 15 minit
  • merangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.

2. Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 15 minit.

3. Ujian Lisan

  • Bacaan surah al Fatihah
  • Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
  • Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, MJLB dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!