Lepak ZUS Coffee Eco Botanic Lepas Mengundi PRU15

BFF Ummi Ilham

Lepak ZUS Coffee Eco Botanic Lepas Mengundi PRU15 | Cerita Ummi Ilhams dan Mama Rayyen selepas mengundi tempoh hari. Kami plan untuk saing mengundi memandangkan lokasi mengundi yang sama. Babah pula mengundi di Senggarang. Jadi plan punya plan, The Ilhams Ummi tumpangkan di rumah Mama Rayyen, dijaga oleh kakak Rayyen dan dibawah perhatian Papa Rayyen. Kemain details cerita, ya la takut orang kata ehhh senang hati emak-emak berjimba hahaha.

Tengok jari Ummi tu, mula asal plan dalam otak nak celup ngam-ngam satu ruas jari. Sebab Ummi nak pakai inai Nunha lepas mengundi. Sekali yang jaga kaunter tu kawan Ummi, dia dengki Ummi celup jari Ummi dalam-salam sampai dua ruas jari. Cisssss.

Oleh kerana proses mengundi terlalu laju sampai Ummi lupa nak rekod video, jadi kami emak-emak merasakan banyak masa lebih hahaha. Tanpa membuang masa kami pun plan nak lepak ngopi-ngopi di Zus Coffee Eco Botanic.

Hurmmm tewas dengan Iced Spanish Latte lagi hahaha.

Mama Rayyen tak layan kopi haha. Dia minum Iced Australian Chocolate je.

Alang-alang dah mengopi sambil nak chit chat kami order la satu slice burnt cheese cake. Dah makan baru istighfar. Malam gigih la Ummi exercise bakar lemak hahaha. Masa PRU15 Zus Coffee ada bagi 15% diskaun.

Lepak ZUS Coffee Eco Botanic Lepas Mengundi PRU15

Kami ni dah lama duduk setaman, tapi sebelum ni tak pernah la jumpa walaupun pernah nampak Mama Rayyen ni hahaha. Bila anak-anak dah jadi kawan baik, automatik emak-emak pun jadi kawan baik juga. Mama Rayyen ni muda setahun dari Ummi. Alhamdulillah sekepala je dengan Ummi. Boleh jadi geng mak pokok, geng bakar lemak, geng makan, geng gossip hehehe. Mudah-mudahan ukhuwah kami berkekalan sampai akhir hayat. Lebih kurang sejam kami borak-borak dan lepas tu kami balik rumah masing-masing. Malam sambung lepak Mana Cafe dan Puteri Harbour dengan anak-anak. Begitulah cerita lepas mengundi.

Loading

Related Posts

One thought on “Lepak ZUS Coffee Eco Botanic Lepas Mengundi PRU15

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!