Home » Seronoknya di LEGOLAND’s Brick-Tacular Holidays

Seronoknya di LEGOLAND’s Brick-Tacular Holidays

Seronoknya di LEGOLAND’s Brick-Tacular Holidays | LEGOLAND’s Brick-Tacular Holidays kembali lagi! Musim cuti ini, LEGOLAND® Malaysia Resort telah diubah menjadi replika Kilang Mainan Santa! (Santa’s Toy Factory). Resort ini akan penuh dengan elves and holiday décor dari 24 November 2022 hingga 1 Januari 2023.

Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan untuk pengunjung di LEGOLAND Theme Park, Water Park, LEGOLAND Hotel dan SEA LIFE Malaysia. Antaranya ialah:

  1. Step Into the Magical World of Santa’s Toy Factory (Melangkah ke dunia ajaib Santa)
    • Giant LEGO DUPLO® Christmas tree – Saksikan binaan pokok krismas dari LEGO DUPLO®
    • Cabutan Bertuah – Peluang memenangi cabutan bertuah sehingga RM100,000 di LEGOLAND Malaysia’s Annual Advent Calendar Draw.
    • Persembahan – Saksikan Christmas Dances and Magic Shows setiap hari Khamis hingga Ahad.
    • Notes to Santa – Letakkan nota kepada Santa dalam Peti Mel Santa dan korang berpeluang memenangi hadiah istimewa.
    • Saksikan movie terbaru 4D Movie LEGO MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA, where your LEGO creatures come to life!
  2. Surprise Party for Santa Claus at the LEGOLAND Hotel
    • Bedtime Story dari Santa atau menari bersama Santa’s Crew!
    • Anak-anak berpeluang menjadi chef cilik dengan aktiviti menghias donut mereka sendiri.
    • Chrismast Show & Balloon Sculpture – Saksikan pertunjukan Krismas dan dapatkan arca belon di lobi hotel.
  3. Raikan Fish-Mas di SEA LIFE Malaysia
    • Menghias Pokok Krismas – Bantu deko dan gantung ucapan di “Snowflake Ornament Card”.
    • Dapatkan coklat berbentuk mainan percuma daripada LEGOLAND Snowman untuk menyerikan lagi percutian anda.

The Ilhams pun tak lepaskan peluang ni tau. Jadi untuk memenuhi permintaan anak-anak, Ummi bawa diorang menerokai LEGOLAND’s Brick-Tacular Holidays pada hari Jumaat lepas. Alhamdulillah The Ilhams dan Mak Wee happy sesangat.

Jom Explore LEGOLAND’s Brick-Tacular Holidays

Nahhh.. bina hadiah LEGO® di Ollie’s Factory.

Rezeki jumpa Mr. Santa depan stage. Apa lagi bergambarlah.

Di Santa’s House ni korang bolehlah buat notes to Santa dan letakkan nota tersebut di Santa’s Mailbox. Korang berpeluang mendapat hadiah istimewa.

Next, Elves Hunt. Gigih diorang mencari elves tau. Nak redeem hadiah punya pasal hahaha.

Yeay! Misi berjaya mencari 7 lokasi persembunyian elves. Korang cubalah nanti ya. Cari mana diorang sembunyikan elves ni lepas tu snap gambar dan terus ke Redeem Booth dan tunjukkan gambar elves. Senang je hehe. Elves tu bahasa orang kita macam orang bunian la kan. Ilham kata seram tengok patung ni hahaha.

Alhamdulillah dapatlah diorang button badge sorang satu. Puaslah hati masing-masing. Seterusnya kami meronda LEGOLAND Theme Park sampai lebam.


Kita mulakan dengan menaiki The TECHNIC® Twister. Mula-mula Abang Ilham dan Mak Wee punya turn. Syamil kena naik dengan Ummi sebab ketinggian tak lepas naik sorang. Kesian Syahid menangis nak ikut sama. Masa Ummi dan Mak Wee teman Syamil, Abang Ilham tukang jaga Syahid. Kali ni kita tak masuk ke LEGO® Mindstorms dan LEGO® Academy. Kita terus je ke LEGO® Kingdoms. Ada budak nak naik roller coaster.

Kami hanya mampu layan Dragon’s Apperentice je. Yang roller coaster The Dragon tu memang tidaklah Ummi nak naik nak oiii. Yang ni pun baru tiga kali Ummi naik sepanjang Legoland ujud. Itu pun rasanya macam nak tercabut anak tekak Ummi menjerit hahaha. Abang Ilham steady je layan roller coaster. Dia kata nak cabar diri sendiri.
VR Coaster: The Great LEGO Race pun dia layan sesorang je. Tapi kali ni dia tak naik sebab ramai sangat orang beratur. Ikutkan Ummi ni memang penakut, tapi Syamil nak naik roller coaster, tinggi dia tu tak lepas naik sorang kena ada parents. Maka Ummi korbanlah rasa takut tu.

Sementara tunggu Abang Ilham dan Mak Wee naik roller coaster, Ummi dan Syamil layan si kecil ni kat The Forestmen’s Hideout.

Next posing di Castle Stage. Syahid tak nak sebab dia kata takut hahaha. Muka memasing tu selepas naik roller coaster hahaha. Yang sorang tu siap pakej nangis kahkahkah.

Seronoknya di LEGOLAND’s Brick-Tacular Holidays

Mak Wee layan Royal Joust setelah berguguran air mata naik roller coaster. Mak Wee kata “Rasa macam nak mati”. Adoiii drama betulllah hahaha.

Lunch di Pizza Mania Restaurant

Dah penat dan lapar kami redeem voucher makan di Pizza Mania Restaurant. Masing-masing dah kelaparan dan setuju nak makan pizza. Ok thanks korang sabotaj diet Ummi.

Next.. naik observation tower. Ini pun must go punya location hehe. Mak Wee macam biasalah melekat la berdua dengan anak buah kesayangan dia.

Aktiviti tak boleh miss ialah melayan Syahid naik train ni di DUPLO® Playtown. Dia memang excited habis kalau naik train pendek ni hahaha. Mulut bising lambai-lambai orang yang tak lambai dia hahaha sambil sebut.. chooooo chooooo hehehe.

Lepas naik train pendek ni, kami bergegas nak tengok movie terbaru 4D Movie LEGO MYTHICA. Gambar Ummi tak sempat snap sebab ada baby tua yang takut masuk LEGO Studio yang gelap, jadi dia nak berpeluk je dengan Ummi.

Favourite port juga ni, LEGO® NINJAGO® World. Macam biasa diorang suka LEGO® NINJAGO® The Ride. Tapi malangnya kami sampai je diorang close sekejap untuk bagi ruang Maintenance Team nak check ada masalah teknikal. Jadi posing kat depan ni dan panjat Cole’s Rock Climb je lah.

Next ke Land of Adventure, kat sini diorang dah syok main Bettle Bounce. Ummi dan Syahid tunggu kat tepi je sebab ketinggian Syahid tak lepas untuk sama-sama main. Lepas tu kami ke Lost Kingdom Adventure, gambar tak ada sebab Ummi busy main tembak-tembak hahaha.

Next, Rescue Academy ni pun Ummi tak pernah layan tau. Adomakkkk macam nak tercabut tangan eh hahaha. Penat namatey rasanya hahaha. First trip diorang bertiga je, tak boleh masuk lima orang sekali sebab limit to 4 person. Diorang repeat main lagi, kali ni Ummi naik police car dengan Syamil dan Syahid. Korang tengok la tu, antara kami bertiga agak-agak siapa yang kena kerah tenaga lebih hahaha. Of course lah Ummi kan. Budak cenonit tu paling heaven. Lepas tu dah sembur air dia tak nak patah balik, siap nangis bagai haisyhh.

Then Ummi pujuk la beliau ke LEGOLAND® Express. Jom kita naik LEGOLAND® train.. chooo chooo.. Macam biasa dia memang suka naik train. Enjoy la pusing-pusing sekitar Legoland.

Sambil tengok Shaded Miniland yang masih dalam proses pembinaan lagi. Tak sabar nak tengok hasilnya nanti. Dah tak berpanas lagi la kalau nak posing-posing kat Miniland. Lepas naik train masing-masing dah kepenatan, malas nak layan tempat-tempat lain dah. Ummi ajak stay depan stage sementara menunggu LEGO DUPLO Christmas Tree light up.

Nak kill the times kami sempat la posing dulu depan Christmas tree. Yang dalam stroller tu terpaling penat weh hahaha. Memang dia dah tak larat sangat dah tu. Tayar stroller pun sampai dah nazak asyik tercabut je sebab baby tua berat no dah hahaha.

Akhirnya lampu Giant LEGO DUPLO® Christmas tree dah on. Posing satu kali la dengan JDT Blogger Aunty Huda. Kalau korang ke Legoland jangan lupa tau posing kat sini dan join aktiviti sepanjang

Last but not least kita posing lagi dengan Aunty Huda, Aunty Kim dan cousin Aunty Huda.

Sebelum keluar dari Legoland Theme Park kakak Legoland bagi diorang gula-gula. Korang yang tak tahu nak bawa anak-anak kemana cuti sekolah yang bakal menjelma ni, boleh la bawa diorang ke Legoland Malaysia Resort ya. Banyak aktiviti di LEGOLAND Theme Park, Water Park, LEGOLAND Hotel dan SEA LIFE Malaysia sempena LEGOLAND’s Brick-Tacular Holidays kali ni tau. Enjoy ok!

Korang boleh rujuk live show schedule dan aktiviti di bawah ni ya:

Untuk maklumat lanjut mengenai Brick-tacular Holidays, layari laman web rasmi di https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/brick-tacular-holidays/ atau halaman media sosial LEGOLAND di Facebook dan Instagram.

Baca juga: Save The Holidays With LEGOLAND® Malaysia Resort’s Elves At The Brick-tacular Toy Factory

 228 total views,  4 views today

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!