Shopping Keperluan Rumah di LuLu Grocer Toppen Shopping Centre

Leisure
Shopping Keperluan Rumah di LuLu Grocer Toppen Shopping Centre

Shopping Keperluan Rumah di LuLu Grocer Toppen Shopping Centre | Cerita pertama kali kami shopping barang-barang dapur di LuLu Grocer yang baru beberapa minggu dibuka di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.

Sebenarnya ni pertama kali Ummi ke Toppen ni hahaha. Sebelum ni ada juga event invitation kat sini tapi tak ngam dengan date jadi Ummi tak dapat la join dan ronda-ronda Toppen. IKEA pun lama betul tak ronda-ronda, malas sebab nanti plan nak beli satu barang terbeli dua tiga empat barang hahaha.

Korang boleh dapatkan pelbagai barangan runcit dan segar, barangan keperluan harian, makanan sedia dimakan dan banyak lagi dengan harga promosi tak masuk akal.

Kalau lapar jangan bimbang, banyak makanan dijual di LuLu Grocer ok. Memang buat korang rambang mata. Abang Ilham nampak sushi je dah rambang mata, Dia sapu tiga pek terus. Semuanya fresh dari dapur

Ummi pun tak lepaskan peluang tau. Walaupun ramai orang serbu, gigih juga Ummi beratur panjang hehehe. Dapatlah top up keperluan rumah dengan harga berpatutan. Selit-selit dapat juga Ummi hadiah PERCUMA untuk 1,000 pelanggan pertama.

Shopping Keperluan Rumah di LuLu Grocer Toppen Shopping Centre

Susun atur barang-barang memudahkan pelanggan.

Diorang susun seafood pun cantik je buat geram orang nak beli tau hehe.

Korang pergilah sendiri tengok apa yang patut boleh grab dengan harga murah. Ummi mampu borong satu troli je untuk kali ni. Itu pun dah rambang mata nak grab promo. Orang ramai beratur, masing-masing tak lepaskan peluag grab promosi harga murah di LuLu Grocer. Seumur hidup Ummi, tak pernah Ummi terjebak dengan mana-mana pembukaan hari pertama hypermarket atau supermarket. Ini kalilah Ummi gigih hahaha.

? LuLu Grocer, Ground Floor Toppen Shoppong Centre Johor Bahru (Bersebelahan dengan Mr. DIY)

Instagram: https://instagram.com/luluhypermarketkl

Baca juga: Lulu Group Buka Cawangan Baharu LuLu Grocer di Toppen Shopping Centre Johor Bahru

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!