Home » ZUS Coffee 68° Avenue Gelang Patah Kini Dibuka!

ZUS Coffee 68° Avenue Gelang Patah Kini Dibuka!

ZUS Coffee 68° Avenue Gelang Patah Kini Dibuka! | Yeay! ZUS Coffee second outlet di Gelang Patah dah pun dibuka. Sebelum ni port utama kami di ZUS Coffee Eco Botanic. Masa baru-baru naik signboard Abang Ilham dah inform Ummi. “Ummi kedai kegemaran Ummi dah nak buka”. Ummi duk fikir kedai apa rupanya ZUS Coffee hahaha. Bertuah punya anak. Ada satu lagi suara berbunyi, “Lepas ni senang la, Ummi pergi ZUS kitorang pergi CU Mart”. Ewah-ewahhhh~~ Rupanya korang dha lama rancang eh, Ummi je yang lalai hahaha.

Lunch hour semalam, lepas makan di Anjung Selatan branch 68° Avenue, Pusat Komersial Suria masa lalu nak balik tu nampak la depan ZUS ada belon-belon dan nampak ada orang. Ohhh dah buka rupanya. Ingatkan belum. Apa lagi teruslah order guna apps ZUS.

Sempat masuk ke dalam sebab nak compare kebesaran dan keselesaan kalau nak melepak hahaha. Saiz kecil sikit dari ZUS Coffee Eco Botanic.

Sempat jugalah Ummi ko selfie sementara tunggu order siap hahaha.

As usual favourite Ummi, Iced Spanish Lattè. Ampunkan saya coach! Saya tewas dengan ZUS Coffee. Petang kita exercise bakar kalori hehe.

Posinglah satu kali depan ZUS bersama belon-belon. Dah puas hati barulah balik office ekekeke.

Apa yang bestnya kawasan 68° Avenue ni parking luas, maklumlah kawasan baru hehehe. Oklah kalau korang nak lepak-lepak sambil mengopi. Banyak kedai-kedai best bakal muncul dan mengganggu gugat misi diet Ummi hahaha antaranya Lazy Monday 68° Avenue yang bakal muncul tak lama lagi. Jaya Grocer pun bakal dibuka so peminat Jaya Grocer tak payah pergi jauh-jauh ke Sunway Citrine Hub. Jaya Grocer bakal dibuka juga di Eco Galleria, Eco Botanic. Eh ada lagi, Kedai Emas Aurora pun bakal menambah cawangan di 68° Avenue ni tau. Fuhhh besar dugaan kaum wanita yang tinggal berdekatan hahaha.

Oklah, Ummi nak merajinkan diri mengupdate blog ni. Ni pun taip sambil tertidur subuh sambung semula hahaha. Stay tuned!

Baca juga: Pertama Kali Mencuba ZUS Coffee

 318 total views,  12 views today

Related Posts

2 thoughts on “ZUS Coffee 68° Avenue Gelang Patah Kini Dibuka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!