Impiana Hotel Senai Media & Corporate Appreciation Night

Blogger Events

Impiana Hotel Senai Media & Corporate Appreciation Night | Alhamdulillah, thanks Impiana Hotel Senai for having us! Ummi dan Babah sempat menghadiri jemputan ke Impiana Hotel Senai Media & Corporate Appreciation Night pada 7 Oktober 2022 yang lepas. Tema dinner adalah Black & Gold. Jom tengok OOTD Ummi dan Babah.

Taraaaaa amacam? Ok tak? Ummi pakai kebarung Hasnuri warna hitam yang lama je, lupa beli sempena apa dulu. Wide shawl warna gold dari Hers by Bint Wahab. Gigih la Ummi meronda UDA Business Centre mencari shawl gold tau hehehe. Alhamdulillah bertemu dengan shawl gold yang cantik. Handbag mur mur dari Vincci je buat penambah seri, kasut tu pun Ummi beli last minutes di AEON Bukit Indah sebab kasut yang tak berapa nak high heels Ummi dah jahanam hahaha. As per plan, Babah hunting sendiri kemeja hitam dan seluar slack warna mustard gitu. Memang ngam! Jadilah kan, ikut tema with low budget ekekeke.

Selfie satu kali lah. Kredit foto kanan hasilnya bidikan Sis Lin. Kasi can la Ummi Babah dating berdua dinner pre-anniversary kan hehehe. Makan hati je hero-hero kecil yang tinggal kat rumah pengasuh tu. Tapi Ummi dah ada plan dah untuk celebrate 14th wedding anniversary dengan diorang sekali.

Hidangan Makan Malam Impiana Hotel Senai Media & Corporate Appreciation Night

Ini antara menu yang disajikan sepanjang majlis. Masya Allah.. alhamdulillah sedap betul. Lupa kejap diet hahaha. Korang boleh dapatkan menu yang sama sepanjang promosi Sau Gong x Chinese New Year Menu at Impiana Hotel Senai bermula October 2022 hingga February 2023.

Antara persembahan menarik untuk para hadirin selain dari band performance.

Tarian trdisional India.

Tarian zapin.

Acara kemuncak adalah acara “lucky draw”. Hadiah gempak-gempak weh, percutian ke rangkaian Impiana Hotel dalam dan luar negara seperti di Bali, Thailand dan macam-macam lagi. Tapi kami tak berapa bertuah dan rezeki tak memihak kepada kami. Syukurlah ada juga rezeki dapat voucher penginapan seorang RM100. Kami plan nak staycation di Impiana Hotel Senai nanti hehehe. Saja bawa anak-anak berjimba dekat-dekat hehehe.

Last but not least, kata orang Jawa.. terimalah acara posing dari barisan JDT Blogger yang hadir.

Dari kiri Ummi Ilhams, Huda, Shu Ombak Bergigi, Sis Lin, Nona Sani, Ustazah Bahriah housemate Sunah dan Sunah Sakura. Kemain masing-masing berseri-seri dengan tema black and gold kan. Alhamdulillah terima kasih Impiana Hotel Senai yagn menghargai pihak media dan agensi korporat yang terlibat. Semoga dapat bekerjasama lagi di masa akan datang.

IMPIANA HOTEL SENAI

Address:
Jalan Impian Senai Utama 2, Taman Impian Senai 81400 Senai, Johor, Malaysia

For More Info:
Mobile No.: +60 16-713 4590
Whatsapp: https://ImpianaTiffin.wasap.my
Website: https://bit.ly/impianamenu

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!