From Flab To Fab Challenge

Health
From Flab To Fab Challenge

From Flab To Fab Challenge |This is my Weight Loss Journey. Sebenarnya Ummi memang plan nak menurunkan berat badan dalam bulan September. Niat dah lama tapi kekuatan tu baru muncul hehe.

Sekali EIR Team buat “From Flab To Fab Challenge” selama 6 bulan. Kita cuba nasib la bubuh nama masuk list. Syaratnya BMI 27 ke atas. Kira-kira sendiri memang BMI dah kelaut, dah overweight uii. Berat terkini 69kg. Ada yang kata ehhh bukan ko gemuk pun. Ya memang, sebelum masuk kategori obesiti baiklah kita kembali ke pangkal jalan. Banyak lemak tersembunyi ni. Kalau boleh jual lemak ni dah banyak untung hehe.

Ummi follow physical fitness program yang ditetapkan setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat, insha Allah kalau tak ada hal penting. Kita follow je arahan coach kat padang hehe.

Bila sampai masa buat physical examination, BMI Ummi 28.91. Nak mudah kira BMI 29 la kan setelah dibundarkan kepada titik perpuluhan yang paling hampir. Ok lulus untuk masuk challenge ni. Tak fikir nak menang pun, fikir nak raya pakai baju saiz M ke S ke hahaha. Over! Berangan kan percuma. Tapi nak turunkan berat badan ni kalau berangan semata tak jadi lah. Jadi marilah kita berusaha ikut cara kita. Ada ramai geng ni syok sikit kan, semangatlah nak bersenam.

From Flab To Fab Challenge

Physical Fitness Program

Kena attend Health Talk Program & physical examination setiap bulan dari Megaklinik Zahran PTP. Jumpa doktor untuk consultation. Ikut kata doktor dan result physical examination, Ummi kena turunkan berat badan sekurang-kurangnya 17kg dalam masa 6 bulan untuk dapatkan BMI normal serta kurangkan kadar kolestrol dalam badan.

Extra effort ~ Ummi buat exercise sendiri di rumah at least 30 minit sehari sehingga anak-anak menjadi hairan bin ajaib rajinnya emak kami bersenam kikiki.

Meal Plan Menurunkan Berat Badan

Setakat ni plan sendiri dan menggigihkan diri berbekal ke office. Jangan kecam menu Ummi tu ya. Kita ikut sedap tekak kita je wak.

Minggu pertama Ummi cuba stop ambil gula dan makanan dan minuman manis dan cuti makan nasi. Ya tahu nasi tak bersalah. Tapi Ummi tahulah tekak Ummi ni kalau dapat nasi camana gayanya kan. Mahu bertambah-tambah makan kalau lauk sedap. So far Ummi ok je. Badan kita kan berbeza. Menu Ummi tengoklah gambar- gambar yang ada tu.

Back up plan kalau tak sempat masak bekal, kita beli makanan mengikut portion yang sesuai. Make sure pengambilan air masak mencukupi mengikut berat badan kita.

Minggu ke 2 Ummi plan nak buat Intermitent Fasting (IF). Bila berat dah banyak turun nanti, Ummi nak cuba General Motor Diet (GM Diet) berat dah stabil kita balik kepada kempen Suku- suku Separuh hehehe. Doktor kata tak ada masalah nak mencuba apa-apa method pun asalkan badan kita boleh terima dan cukup nutrisi dalam makanan. Jangan sampai tak nak makan langsung nanti mengundang penyakit lain pula. Selain tu, Ummi masih maintain pengambilan vitamin C dan kalsium. Mudah-mudahan istiqomah dalam bersenam, berbekal dan mengawal pengambilan makanan. Slowly but surely kata orang Jawa.

Kalau ada kerajinan insha Allah Ummi share setiap minggu aktiviti dan menu sepanjang flab to fab challenge journey ni. Good luck kawan-kawan seperjuangan.

Boleh follow update di facebook dalam Album From Flab To Fab ~ My Weight Loss Journey

xoxo,
Ummi Ilham

Baca juga: Outfit Of The Day (OOTD) Ummi Ilhams dari The Modest Alia & Hijab by Hanami

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!