Home » Makan Bibimbap Sedap di JBKoreanFood by Reena Shim

Makan Bibimbap Sedap di JBKoreanFood by Reena Shim

Makan Bibimbap Sedap di JBKoreanFood by Reena Shim | Peminat Korean Food jom serbu JBKoreanFood by Reena Shim Lepas balik dari buat facial treatment di Dermalene Skin Centre Johor Bahru hari tu Ummi terus singgah lunch kat sini. Kalau korang follow blog Ummi korang memang faham la betapa gilanya Ummi dengan Korean Food ni hehehe.

Sebelum ni Ummi pernah jadi pelanggan Puan Reena ni, beli produk Ommason dan kimbap masa beliau buka booth di AEON Mall Bukit Indah. Bila tahu dia dah buka cafe, memang tak sabar la nak cuba kan. So bila ada masa terluang sikit tu, Ummi laju-laju plan sesorang makan kat sini. Best ke makan sesorang? Bagi life emak-emak ni, sekali sekala dapat makan sesorang dalam ketengan itu adalah ‘heaven on earth’ hahaha. No hal la makan sorang, tenang kejap menikmati setiap suapan hehehe.

Ini antara menu yang ada di sini.

Ummi makan Bibimbap Jukkumi (Baby Octopus) dan minum air Sparkling Lemon. Perghhh sedap bibimbap tu. Kenyang betul dapat makan semangkuk. Sedap betul tekak Ummi rasa tau.

Close up sikit tengok Bibimbap Octopus yang Ummi makan tu.

Makan Bibimbap Sedap di JBKoreanFood by Reena Shim

Ummi tapau Ramen Jukkumi dan Ramen Beef Bulgogi untuk yang ditinggalkan. Dapatlah jamah sesuap dua, yang lain habis dibedal dek Abang Ilham.

Makan sorang? No hal lah! hehehe

Lepas makan kita ajak onwer cafe bergambar kenangan. Thanks Reena! Walaupun tengah busy sempat lagi keluar dari kitchen hehehe.

Korang gi la try makan kat sini. Lepas makan boleh ronda B5 Street Market.

JBKoreanFood by Reena Shim

B5 Street Market, Jalan Nenas, Tampoi, JB.

Waktu Operasi:

Isnin – Khamis 11.30am – 10.00pm

Jumaat – Ahad 11.30am – 12.00am

Dine-in & take away.

Delivery available menggunakan GRAB Express, LALAMOVE, BORZO.

Contact Puan Reena untuk order: https://bit.ly/JBKOREANFOODD

 690 total views,  5 views today

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!
Exit mobile version